Sunday, March 31, 2013

Kelekaan Ku

Assalamualaikum ..
Trah rasa sedih sangat sebab trah lalai menjalankan tanggungjawab trah sebagai hamba Allah .. tapi trah tahu nikmat dan rahmat Allah bagi kat trah tersangat banyak .. semakin lama semakin trah terasa .. terutama dalam pemanduan kereta .. banyak kali trah terselamat .. dan paling penting kereta mak selamat .. trah harap sangat kereta dan trah selamat .. bukan apa .. banyak kali trah leka .. antaranya :

1. masa undur kereta kat parking .. terleka nak tengok kat belakang .. punya syok undur .. last-last baru trah perasan .. KERETA orang lain .. tapi nasib baik masa tu dah pusing tayar ..

2. yang ni paling berdebar trah .. tak kurang 1cm nak terlanggar kereta orang .. ni punya syok tengok kat belakang .. lupa nak tengok tepi .. sekali .. 1cm je nak kena .. masa tu subhanallah .. yang nasib baik juga .. trah kena betulkan tayar ..

3. masa atas highway .. lori selamba je masuk jalan .. dan trah tak perasan sebab time tu gelap(malam) .. dan mata trah ni tersangat tak productive untuk drive malam .. sakit mata .. kalu ada lampu cam meriah je lampu-lampu itu ..

Bahaya-bahaya .. cuak jugak ni .. tapi trah tahu .. Allah banyak tolong trah .. walaupun nampak cam kecik tapi tu la hakikat .. terasa kat diri trah sangat besar kesannya ..
Semoga Allah tolong trah dalam segenap hal .. dan dipermudahkan urusan .. Amin ..


Alhamdulillah .. Rezeki Allah Bagi

Assalamualaikum ..
Pagi ini dapat rezeki dari Allah .. tapi orang perantara kak Sha .. sedap makan .. feel like home bila makan .. rasa cam nak makan selalu aje ..best betul .. nak nak kalu orang kasi .. semoga kak sha murah rezeki lagi pas ni .. layan makan ..

Sebelum menyentap ..

Woo .. yang bawah itu sangat sedap .. 



***Sedap sedap .. Alhamdulillah ..


Saturday, March 30, 2013

Semoga Arwah Tenang Disana .. Amin

Assalamualaikum ..
Semalam trah terasa kesedihan ini .. trah betul-betul terkesan dengan pemergiannya .. dia adalah tunang kepada kawan trah, ila semasa belajar degree dulu .. trah ketahui per-awalan hubungan mereka .. dan trah tahu sedikit sebanyak progress preparation perkahwinan mereka .. dan trah tersentuh .. sedih menerima perkhabaran yang dia(arwah) telah meninggal .. menurut perkhabaran yang trah terima, arwah meninggal semasa naik motor pulang dari kerja sebelum mengambil kereta untuk mengambil ila pulang dari kerja .. trah betul-betul terkesan dengan apa yang terjadi .. mereka ditakdirkan bertemu .. bertunang .. namun Allah telah memisahkan mereka dengan sebuah kematian .. Allah telah merancang sesuatu untuk mereka .. untuk Ila .. sabar la wahai sahabat .. terima dugaan Allah ini sebagai ujian Allah untuk meningkatkan darjatmu wahai sahabat ..
kat bawah ni antara reaksi kawan-kawan arwah yang pernah bersama arwah .. melihatkan komen-komen kawan-kawan arwah, arwah begitu disenangi oleh kawan-kawannya ..






***Trah mendoakan semoga arwah berada ditempat orang-orang yang soleh .. 
dan semoga ila tabah menghadapi dugaan ini ..

Wednesday, March 27, 2013

Rentetan Dari Darulaman Suite ..

Assalamualaikum ..
Bulan ni dah masuk bulan kedua trah sambung belajar .. seriously belajar by research bukan sesenang yang disangkakan .. sebelum nak sambung master by research ni sila la tampar diri sendiri beberapa kali ye .. trah ni memang dah cuak dah .. trah adalah batch kedua .. batch pertama sekarang tengah kalut .. sibuk nak buat persediaan .. mereka dah melalui 6bulan pertama iaitu tempoh persediaan untuk defense proposal .. dan bulan pertama mereka ni elaun rm1300 .. dua minggu lepas, ketua penyelidikan membuat mock defense di Darulaman suites .. memang trah cuak betul dengan panel-panel yang berkaliber .. time tu dah la trah otak kosong blur .. tak tahu apa-apa .. dan hari ni bengkel Literature Review diadakan rentetan mock defense sememangnya membuatkan trah bertambah kecuakan .. bukan apa .. semua aspek kena ambil kira .. semasa di Darulaman suites, ketua penyelidik telah menjanjikan kepada mereka yang berjaya defense proposal pada hujung bulan 4 nanti akan dibayar rm1800 iaitu tahap maksimum elaun untuk pelajar master .. tu dia!!!tu dia!!! .. oleh itu, mereka seharusnya perlu! .. wajib! .. untuk berjaya .. ini kerana jika mereka tidak berjaya .. perjalanan sukar yang harus ditempuh .. sebab bukan senang nak membuat persediaan menyiapkan proposal dan membaca journal-journal bertebaran diseluruh dunia .. lagi seminggu proposal lengkap seharusnya dihantar oleh mereka, dan dalam tempoh 2minggu seterusnya review paper(tak tahu betul ke tak nama dia) .. tetapi kawan trah kata kena ada 100journal berkaitan dengan topik kita .. tu dia!!tu dia!! dan the best part .. tukang review ada Profesor Dr Zulaikha .. tu dia!!tu dia!! .. siapa tak kenal sila tampar diri sendiri .. hahaha .. memang terbaik .. sekarang ni mereka dah seram sejuk seram sejuk .. tapi semua ni adalah proses .. bukan senang nak melepasi tahap-tahap semua ni .. tetapi bengkel ni semacam sesuai dengan trah yang baru terjebak .. ok untuk memulakan research ini .. dan trah pun turut seram sejuk dengan mereka sebab trah lum nampak 'contribution' yang trah bakal sumbangkan ..




***Positive kan diri untuk hadapi semua ini .. 
semua ini takkan terjadi tanpa perancang yang hebat, Allah 
dan pelakon realiti, umatMu ini ..

Tuesday, March 26, 2013

Untuk yang bernama wanita:Kita jua bertanggungjawab kepada orang lain jua

Assalamualaikum ..
sini trah terasa nak kongsi sesuatu yang patut rasanya trah kongsi .. untuk yang bernama wanita .. kita ni terpikul suatu tanggungjawab untuk orang lain .. bacala ..

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaznak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur". 



BACA lanjut di sini http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/288-aurat-wanita--apa-sudah-jadi-.html

Saturday, March 23, 2013

Lotion Mustajab Perisa Buah Delima .. Manis Baunya

Assalamualaikum ..
Tengok tajuk pun dah tahu kan .. trah sedang terjebak memakai lotion ni .. gara-gara terbaca entry seorang blogger tu .. katanya suaminya tak suka bau minyak angin .. jadi sebagai alternatif dia belikan lotion mustajad perisa rose jadi tak ada la bau minyak angin .. trah teringin nak memakai lotion mustajab berperisa rose tapi bila berada kat kedai, cium wangiannya .. terus melekat kat perisa buah delima .. sangat sweet baunya .. jadi perisa rose terus jatuh menjadi pilihan yang tak terpilih .. tapi kan serius trah rasa cam sentap kejap pasal lotion ni .. yela  mana kan tidak .. trah beli kat gerai kecik dalam Alor Star Mall dengan harga rm22 tanpa ada less pun .. dan hari yang sama jua trah pergi ke gerai kecik kat C-Mart Changlun .. harga dia selepas less dapat rm19 .. kecik hati betul dengan gerai kecik kat Alor Star Mall tu .. dah la nak cari mall tu makan langsat(sesat) beberapa kali .. sedih betul! .. rm3 tu beza .. serius rasa tak berbaloi! dan padan muka kat diri sendiri .. dan kawan yang merangkap roomate pun kecewa tercari-cari baju pun last-last Changlun juga menjadi pilihan .. tapi tak apa .. berjalan luas pemandangan ..

Ni la lotion mustajab perisa delima ..



***Pakai kat perut nak suruh  lemak-lemak pecah sikit .. keras semacam lemak .. hehehe

Thursday, March 7, 2013

+ve kan pemikiranku ..

Assalamualaikum ..
Kemanakah semua ini hilang?daku makin terasa ini .. makin hari makin terasa .. tolongla mood study ku datang kepada ku .. selama ini ku bermimpi untuk mengakhiri tapi hakikat permulaan pun belum bermula .. macam mana ni? .. tertiba daku memikirkan ini .. susahnya .. tapi kenapakah mereka berjaya?ada mereka dilahirkan bijak .. atau mereka berusaha dari bawah .. tak pernah nafikan .. ada yang dilahirkan bijak namun .. ada jua dilahirkan untuk berusaha dari bawah .. oleh itu, daku harus harus berusaha .. kerana daku tak dilahirkan bijak .. semoga Allah permudahkan urusan pembelajaranku .. amin ..

Semua ini datang dari Mu Yaallah .. 





Monday, March 4, 2013

Wow..Collaboration?

Assalamualaikum ..
Entry bermood study .. saja nak bagi tahu .. tak pernah join orang-orang penting bermeeting ini .. dorang tengah bincang nak buat MOU katanya .. rupanya begitu .. tapi cam tak formal pun ada .. rasa cam  wow tak terfikir dapat join .. walaupun duduk dan dengar dan hehehe .. dapat makan .. makan tu penting .. jimat bab duit tengahari ni .. haha .. rupanya begitu .. nak cerita pun tak tahu nak gambarkan macam mana .. sebab yang rasa saja yang tahu .. 
dalam banyak-banyak benda duk dengar .. rupanya orang dari JPS ni seorang yang banyak idea .. dia dah bertahun kerja .. namanya En Mohd Abdul Nassir .. bahagian Flood Management .. dan sememang bidang dia ..


Kerjasama yang akan memberikan maklumat penting ..



***Dup dap dup dap .. cuak kot .. tergapai-gapai nak faham + nak jumpa supervisor ..







Saturday, March 2, 2013

Kisah Hujan dan Bas Transnasional ..

Assalamualaikum ..
Pagi ini mahu cerita tentang kisah hujan .. minggu ini hujan turun bagai tak hingat sesudah minggu lepas panas tak hingat .. rabu lepas trah dalam keadaan tergesa-gesa balik kampung .. trah ingat nak balik selase malam tapi mak tak bagi keizinan .. pagi rabu tu dalam pukul8.00 pagi mak telefon dan bagi keizinan balik .. mak trah ingat trah nak balik dengan kereta .. katanya bahaya hujan-hujan .. tapi trah betulkan balik dan cakap trah balik dengan bas .. kita sebagai anak kalau dengar mak kita sakit .. tak sihat .. mesti hati tu tak senang .. walaupun telefon dan bercakap tak sama dengan kita jumpa berdepan .. jadi trah dalam keadaan tu terus pack baju dan message kat kaksha .. minta tolong dengan dia nak tumpang kereta .. bukan apa kat asrama ni bas harian tak lalu .. jadi tak mahu rugikan masa dan mengejar bas pagi .. trah terus bawa kereta ke Changlun .. tepat pukul9.30 pagi kak sha hantar .. pergi kaunter dan hanya kaunter tiket transnasional sahaja ada tu pun tiket pukul9.30pagi .. nasib baik bas tak datang lagi .. Alhamdulillah .. lega .. dan naik la bas .. hujan masih lagi renyai-renyai .. bas transnasional tu bas dua tingkat  tapi tingkat atas dia tutup sebab penumpang tak ramai dan pemandu bas suruh duduk kat bahagian bawah .. dan setelah bas bergerak .. dalam sejam macam tu adik yang duduk depan trah ni dihujani air .. perghh .. basah baju dia .. nasib baik trah perasan dan bagi tahu dia .. dia beralih tempat duduk .. setelah itu, trah pun sambung tidur .. dan keadaan sungguh sejuk .. teramat sejuk .. dalam trah tak sedar tu, terkejut .. trah punya tempat jua dihujani air .. Yaallah .. basah tudung .. trah pun beralih tempat jua .. kat luar hujan pun lebat jua .. ish ish ish .. teruk bebenor bas ni .. dalam hati duk terbayang .. ni tak ramai boleh alih tempat .. dibuatnya ramai orang dan penuh .. jenuh la nak berdiri .. buat naya orang ini .. yela kita beli tiket untuk keselesaan tapi dihujani air nak selesa macam mana .. dengar pakcik driver cakap malam ni bas ni nak gerak lagi .. tu dia .. nasib la siapa yang duduk kat tempat basah cam ni .. cu tengok gambar sat .. agak-agak nak duduk tak?

Ni baru permulaan hujan dalam bas .. 
lepas tu dah tak sanggup nak snap sebab dah macam nak banjir dah ..

Hujan dari sini .. bukan hujan dari langit ye ..



***Pesanan penaja .. sila pilih bas untuk balik kampung .. keselesaan sangat penting .. 



Friday, March 1, 2013

Allah Duga Mak ku Lagi..

Assalamualaikum ..
Petang tadi trah baru sampai Sintok .. beberapa hari lepas trah balik kampung .. tak sedap hati sebab dah tahu mak tak sihat .. ni gara-gara mak jatuh motor .. lama bebenar dah dia tak naik motor dengan abah .. sejak abah sakit belakang .. entah kenapa malam tu mak teringin nak naik motor .. katanya nak keluar makan .. nasib baik abah bawa motor dengan perlahan .. kaki sebelah kirinya tak rasa pijak kat tempat kaki .. tapi tu la .. walaupun perlahan kesan hentakan pada bahu dan lutut .. lutut mak luka .. bahu mak sakit .. tak tahu kenapa bahu mak sakit .. orang kata susah nak sembuh sikit kalau melibatkan bahu .. urmmm .. tu la .. sedih dalam hati tengok mak .. mak betul-betul uzur .. satu-satu ayat mak buat trah terkedu .. 'mak dah lama sakit .. adakah sebab mak jatuh ni menyebabkan mak mati?' .. hadui .. runtun jiwa raga ku .. suatu malam itu .. trah tidur dengan mak .. trah renung muka mak waktu tidur .. trah lihat .. trah pandang .. trah tenung .. trah tengok .. segenap muka mak .. mak ku .. betapa deritanya mak .. semoga Allah terus bagi mak kesihatan yang baik dan tetapkan hati mak untuk terus berusaha menjadi insan yang solehah ..


***Kata-kata untuk mak walaupun dari kejauhan dan dari alam maya ..