Wednesday, May 9, 2012

Trah tergolong dalam '2.5 juta rakyat Malaysia masih hidup membujang'?

Assalamualaikum...
Pagi-pagi rutin ku membaca surat khabar online. Sentap sikit pagi ni dengan cerita

2.5 juta rakyat Malaysia masih hidup membujang

KUALA LUMPUR - Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau tidak berkahwin.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu, 60.4 peratus adalah lelaki.
Bancian itu juga mendapati, purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000 manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong di Dewan Negara di sini semalam.

Sumber : Kosmo


Trah dah tergolong dalam golongan ini. Walaupun perangkaan tu pada tahun 2010, tapi time tu trah dah genap 25tahun. Sadiskan kan kan.
Tak apa. Semua tu rahsia Allah. Kalau bercinta bagai nak rak pun, lum tentu dia jodoh kita kan. Tapi secara positifnya orang tu dah ada pasangan. Kalau tak ada cinta, maknanya tak kahwin ke?Oh tidak. Akan kahwin tapi Allah tengah memberi peluang dan masa untuk pasangan kita bersiap sedia.


***Pagi ini sampai awal opis sebab turun awal dari rumah tadi..



1 comment:

Qaseh Qistina said...

wawaawaaa..sy pon udah baca smlm..tergolong jgk dalam golongan tu..huhu..insyaAllah, ada jodoh kita kn =)