Friday, July 20, 2012

Alhamdulillah .. Allah permudahkan perjalanan ku

Assalamualaikum ..
Syukur kerana Allah telah memudahkan perjalanan trah ke Pulau Pinang .. walaupun perjalanan pergi dan balik dalam sehari namun .. beribu nikmat dan rahmat yang Allah telah berikan .. perjalanan yang memberikan beribu pengalaman yang tak kan trah alami lagi selepas ini ..
Semuanya bermula pada hari isnin 16hb7 2012 apabila trah mendapat panggilan dari Renesas Penang .. meminta trah datang interview pada keesokan untuk jawatan QA engineer .. namun trah meminta penyusunan semula jadual interview tersebut dengan memberi atas alasan memakan masa untuk perjalanan ke Pulau Pinang ..

Selasa malam :
trah menempah tiket bas Transnasional secara online untuk perjalanan pergi dan balik .. satu hala berharga RM35.00 + caj lain = RM36.95 ..

Rabu malam :
dalam pukul7.30 trah meminta pertolongan kawan trah menghantar trah ke Komuter Sungai Buloh .. terdapat satu insiden dimana trah terlupa membawa tiket yang trah print .. nasib baik tak jalan kami bergerak .. baru trah teringat .. setelah sampai di Komuter Sungai Buloh .. trah rasa kepelikan melanda dalam hati .. setelah naik komuter , terdapat jua insiden dimana komuter tidak mendapat signal untuk bergerak dan menyebabkan komuter 'stuck' dilandasan .. tak sampai beberapa minit, ia bergerak dan 'stuck' kembali dilandasan .. dalam pada itu,    masa bergerak dengan pantas dimana .. jam menunjukkan pukul9.30 malam baru trah sampai diKomuter Bank Negara dan 'cross' flyover .. bergerak ke LRT Bandaraya untuk ke LRT Plaza Rakyat .. bas mula bergerak dari stesen bas Puduraya dalam pukul11.00malam dan hanya 9 orang sahaja .. dalam pukul4.00 pagi, trah sampai dekat stesen bas Sungai Nibong, Pulau Pinang .. dan bantuan dari seorang blogger Warna Nostalgia dimana dia yang menghantar resumeku ke kilang Renesas dan kali ini dia membantu ku lagi .. segan tak terkata dan malu sesangat menyusahkan orang .. pukul 4.00 pagi trah kejutkan orang .. En Ariff dan isterinya membawaku ke hotel ..

Khamis :
Pukul10.30 pagi en Ariff dan isteri membawaku ke seberang .. katanya mahu selesaikan kerja .. dan tenghari itu kami makan tengahari bersama .. kedai mamak Subaidah .. setelah itu, terus balik ke hotel dan terus checkout .. pukul2.00 petang, en Ariff dan isteri membawaku ke Renesas .. rupanya trah terlambat sebab dekat situ kena isi borang bagai .. dan benda paling lemah iaitu buat esei dalam BI .. adeh adeh .. otak ligat nak cari idea .. sudah tak ku hiraukan masalah 'grammar' ku yang tunggang langgang .. sesudah itu, dipanggilnya daku dalam pukul2.45 petang lebih kurang .. dan ketika berada di sesi tersebut .. berbagai soalan yang ditanya .. soalan bagai menembak daku .. bak kata kalau trah ke kiri dia ke kiri, kalau trah ke kanan, dia ke kanan .. kalau trah tunduk, dia pun tunduk .. ai .. ada gaya nak dapat ke tak pun tak tahu .. apa yang penting kat sini .. trah memberi peluang dan ruang untuk diri trah .. walau trah tidak berjaya sekali pun sesungguhnya itu bukan rezeki trah .. pukul4.00 petang .. tamat la sesi temuduga .. sejam kena tembak .. fuh ..keluar-keluar saja sebotol air habis diminum .. nasib baik isteri en Ariff menambah isinya .. kalau tak, cedera parah daku ..
Setelah itu, en Ariff dan isteri datang mengambilku dibawanya trah ke teratak mereka .. dan sebagai kenangan, sekeping gambar sebagai tanda pertemuan .. walaupun singkat masa, namun penuh bermakna ..


Cantik segalanya .. tu sahaja mampu ku ungkap buat isteri en Ariff


Khamis 5.30 petang :
Tepat pukul5.30 petang .. bas Transnasional telah meninggalkan bumi Pulau Pinang .. dan pukul11.00 malam .. ku selamat tiba dia Hentian Duta .. adikku mengambilku ..



*** Semoga Allah sahaja mampu membalas pertolongan en Ariff dan isteri ..
walaupun singkat pertemuan alam realiti namun indah sungguh perancangan Allah ..


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan .. 
semoga ramadhan ini ramadhan paling terbaik berbanding sebelumnya ..





5 comments:

Ariff Budiman said...

Salam Thirah
Alhamdulillah. Thirah telah melakukan yang terbaik. Insyaallah kalau ada rezeki dapat ler kerja tu. Pertolongan yang kami berikan tidaklah sebesar mana. Macam yang saya pernah tuliskan dalam blog saya. Dalam rezeki kita ada hak-hak orang lain. Agihkan hak-hak itu dan hak Thirah ada di situ. Semoga Thirah berjaya. Ini semua berkat doa dari kedua Ibu bapa kita. Amin...

Unknown said...

As salam Thirah,

Salam perkenalan dr blog En Arif... Seronok dpt berkenalan dlm dunia maya kan... Tak disangka dr alam maya boleh kenal ke dunia nyata... Teringin juga nak ke PP nak jumpa En Arif & isteri..hehehe...boleh ke En Arif? ;))

Semoga berjaya hendaknye temuduga tu, byk2 berdoa sempena bulan Ramadhan ni ye... Take care :))

Thirah said...

En Ariff : wasalam..insyaallah..kalu ada rezeki..hanya Allah mampu membalasnye..trah tak pernah terfikir dan merancang pertemuan ke alam realiti..selagi kita ikhlas..insyaallah ada la bahagian untuk kita

Thirah said...

Puan Marya Yusof: wasalam..alhamdulillah..Allah memberikan pertemuan antara kami ke alam nyata..nak jumpa en ariff?tu kena tanya tuan badan le ye..insyaallah en ariff dan isteri sudi menerima kunjungan puan.terima kasih ucapan wish..:)

Ariff Budiman said...

Marya Yusof... Insyaallah. Ahlan wasahlan. Bisa aja kami sambut tetamu kehurmat dari Peru