Sunday, August 26, 2012

Seminggu sudah..

Assalamualaikum ..
Tak sangka dah seminggu berlalu .. tiada entry baru .. rasa macam bersawang .. nak kena bercuci balik .. almaklum .. raya setahun sekali memang pulun terus .. jarang-jarang dapat menembusi internet .. bukan talian internet tiada tapi tak ada idea dan semangat nak update entry baru .. penat penat penat .. itu sahaja jawapan .. memang penuh aktiviti .. tidur cukup tapi tak boleh lebih-lebih sebab malam sahaja boleh tidur .. sekarang mood sudah datang .. idea mencurah-curah .. kekadang trah merasakan idea ini datang dalam keadaan kita relax .. tanpa gangguan ..
Trah terasa teramat ralat dan mohon ribuan kemaafan sebab tak dapat nak menghadirkan diri jemputan perkahwinan kawan-kawan trah .. bukan trah tak nak pergi .. tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan .. paling utama sebabnya adalah .. trah tak dapat nak tinggalkan rumah sementara ada orang datang berkunjung kat rumah kerana trah mahu mengurangkan pergerakan mak trah ulang alik ke dapur .. mak trah cepat penat .. tak larat .. jadi trah rasa peranan trah berada kat rumah lebih penting .. tak dapat dinafikan .. kawan-kawan jua penting .. tapi dalam keadaan ini, kita perlu memilih yang mana lebih penting daripada yang penting .. diharap mereka mengerti .. dan suatu hari pasti mereka mengerti ..
Cukup setakat ini .. pasti entry baru akan menyusul .. pasti jika diizinkan Allah ..


Selamat Hari Raya Maaf Zahir n Batin ..



No comments: