Assalamualaikum ..
Hampir seminggu bercuti dan akhirnya sudah tiba masa kembali ke rutin harian kembali .. sungguh nikmat bercuti dikampung bertemu mak abah dan anak-anak sedara kat Kluang .. banyak sungguh kenangan yang tersimpan .. dalam pada masa yang sama jua elaun untuk bulan pertama sudah masuk .. lega sikit .. dapat la menghulurkan sedikit untuk mak .. walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya biarla dia merasa .. dulu mak tak pernah pun berkira dengan trah dan apa salahnya trah pun tak berkira dengan mak .. dan semoga trah terus diberikan nikmat dan rahmat untuk terus dapat menghulurkan bantuan kewangan kat mak ..
Setelah seminggu berada kat rumah dan akhirnya untuk trah kembali ke sekolah .. pagi tadi sesungguhnya trah tersangat cuak takut sebab ada kerja yang pensyarah suruh review tapi trah tak faham dan tak mampu nak buat .. trah buat setakat trah faham sahaja .. dan sesungguhnya Allah maha mengetahui hambanya yang tak mengerti .. Alhamdulillah rupanya pensyarah bagi tahu dia memahami bahawa ramai pelajar tak faham journal yang dia bagi itu .. jadi kami sama-sama dengar ulasan dia .. pagi tadi jua trah tak mahu serabutkan kepala trah .. trah cuba baca dan bahagikan mengikut aturannya .. lega .. rasa macam Allah yang banyak tolong permudahkan kelas hari ni ..
Alhamdulillah .. Syukur padaMu Yaallah ..
No comments:
Post a Comment