Friday, March 7, 2014

Mak ku diUji Allah lagi..

Assalamualaikum..
Hari ini terasa menitipkan cerita tentang mak ku .. kali ini serasa macam dugaan lagi hebat untuk keluarga ku menerima .. walaupun ahli keluarga hakikatnya namun masing-masing membuang perasaan itu demi mak ku .. yang lebih memerlukan bantuan sokongan moral dan spiritual dari anak-anak .. mak ku dah disahkan sakit buah pinggang stage 4 .. yang bermakna hidupnya bergantung kepada bantuan hemodalisis .. sungguh sungguh sesuatu yang mak ku takuti .. terpaksa dia hadapi .. sungguh disaat dia menerima perkabaran ini dari doktor .. mak down sangat-sangat .. aku tahu dari suara mak ku .. kerana saban hari aku menelefon dia .. bertanya kabar .. berbual tentang kehidupan aku disini dan mak disana .. aku tahu .. dia tak kuat nak hadapi semua ini .. jadi aku rasa memang aku berperanan besar yang up kan semula semangat mak ku .. aku tahu fikiran dia berlegar pasal sakitnya dan kematian .. aku selalu berpesan pada mak ku .. jangan berfikiran negatif begitu .. dan sekali pun sihatnya seseorang itu belum menjamin dia jangka hayat dia panjang .. hanya Allah mengatakan KUN .. maka jadi lah .. siapa kita untuk menidakkan takdir Allah ini .. sesekali jua aku menasihati mak ku supaya jangan terlalu melayan perasaan kerana bila layan perasaan itu .. syaitan mula mengambil kesempatan yang mana sentiasa menggunakan kelalaian manusia ini .. jadi .. aku sendiri kena kuat .. sesungguhnya hati aku sentiasa menangis mengingati mak ku .. banyak sungguh dugaan Allah kasi .. tapi aku yakin tidak Allah jadikan sesuatu tanpa nikmat dan rahmatNya .. dan aku sayangkan mak aku .. aku cuba menjadi insan yang lebih baik .. supaya aku dapat berbakti kepada mak ku walaupun  aku tak mampu memberi intan permata dan duit .. tapi aku mahu menjadi anak yang baik supaya dapat menyumbangkan sesuatu secara spiritual untuk mak ku .. tiada bahasa yang dapat aku luahkan betapa kasih sayang mak ku berikan kepada mu .. tak tercapai dek akal pemikiranku .. hanya Allah bisa membalasnya .. semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mak ku supaya  mak ku dapat terus khusyuk tawaduk kepada Mu YAALLAH .. amin ..

No comments: