Assalamualaikum...
Hari kamis 29hb3 2012, makku dimasukkan wad. Ini pun setelah abang ku memaksa makku pergi check up kerana demam panas. Rupanya makku dah dua hari demam. Dengan keadaan yang demam panas ditambah dengan luka dibawah lututnya membuatkan mak ku ditahan dihospital. Setelah dikhabarkan hal ini oleh makku sendiri, aku berkira-kira untuk balik tetapi atas nasihat adik laki ku zada supaya balik pada minggu depan kerana dia sudah cuti dan ontheway balik kampung. Adikku ain bertindak menjaga mak kerana pergerakan makku yang terbatas.
Semalam 31hb3 2012, makku di transfer ke hospital Kuala Krai. Ini kerana hospital Machang tidak dapat nak handle kes cam makku. Petangnya setelah keputusan darah keluar, makku di transfer ke sana.
Semalam, kami adik beradik berkira-kira untuk aku berhenti kerja jika keadaan mak ku berlarutan. Namun the best part bila SMS yang ku hantar kat adikku ain semalam, dibaca oleh makku (kebetulan pulak, sebelum ni makku payah nak baca SMS).
Rupanya adikku ain cakap 'Time tu aku tengah baby, aku pun ajarla mak cara nak buka...tak sangka SMS private lak pulak...Kantoi...'..
Apa lagi, pagi ini aku kena basuh kat mak ku...'Nape nak berhenti?Sebab mak ke?Cuba gtau jujur, gtau hati ke hati...Jangan sebab mak, kau nak berhenti,mak akan sihat nanti lagipun luka tak teruk mana..kau ada masalah tempat keje ke? '..
Aku..arrgghhh..dalam hatiku..'keranamu mak ku...'..
Aku cakap 'Rezeki Allah ni kat mana-mana ada dan boleh cari tapi mak..., irah nak cari kat mana?'.
'Ye memang sorang. cam kamu irah, ain...semua sorang je.Bukankah tu impian mu sejak dulu lagi nak keje...kau jangan nak berhenti keje!..' mak ku cakap...
Aku pun cakap lagi 'Tak pela mak...apa-apa tunggu irah balik sana dan tengok keadaan mak cam ne?'...'ye balik la tapi kau jangan nak berhenti pulak..'.Telah makku lagi....
Adeh!!!pedih!!!apa harus ku lakukan..... sentap hatiku....oh makku..
Andai dirimu ditempat ku bagaimana agaknya keputusan mu??
4 comments:
Tentu saja kita akan rela berkorban untuk ibu kita.. kerana seorang ibu tiada gantinya... cuma seorang... dan seorang ibu juga begitu.. sanggup tempuhi dan korbankan apa saja untuk kebahagiaan anaknya... dan seorang ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya.. semoga mak kak Irah cepat sembuh... setiap penyakit itu ada penawarnya.. InsyaAllah...
tema kasih miss FF..;)
jika ini terjadi awk merupakan seorg anak yg taat kepada ibu awk...mmg ditulis bahawa anak perempuan itu akan berada dalam tnggungan ibu bapanya sehinggalah awk bersuami..tindakan awk boleh dianggap tebaik dan patut dicontohi..ya..rezeki Allah di mana2..kita mngkin xkn dpt ibu bapa kita buat kali kedua..sy doaka ibu awk cpat sembuh dan sihat selalu...senyuman manis dri ibu kita terukir pabila dapat melihat anaknya mengambil berat tentang diri mereka...:)
amin...terima kasih hisha47..
Post a Comment