Hari ni makku akan berjumpa dengan pakar yang wat pembedahan semasa kat hospital Kuala Krai. Kelmarin aku telah extend cuti ku sebanyak dua hari lagi. Esok rabu aku akan pulang ke damansara. Ini bukan kehendakku kerana hatiku tetap disini.
Aku telah lanjutkan cutiku kerana pada hari sabtu lepas selama sejam dari pukul12.00am sehingga 1.00pm makku tidak sedarkan diri. Tidak diketahui punca. Kata makku kerana gastrik teruk..tapi doktor sendiri tidak mengetahui keadan sebenar. Tika kejadian ini berlaku ketika giliran adik lelaki ku menjaga.
Katanya."Cuba mu bayangkan time tu kepala mak slow-slow jatuh pahtu aku panggil dia tak menyahut..time tu aku tak tahu nape air mata jatuh..tapi aku tak rasa pun nak nangis..".
Time adikku citer kat aku, aku lihat matanya merah.
Adikku cakap lagi "Aku tak tahu nak wat apa time tu. BP dia drop 80/38. Doktor kalut nak selamatkan. Ni first time aku tengok".
Patutla hari sabtu pagi tu makku kalut suruh beli tiket balik damansara sebab hari isnin keje. Aku cakap la "Nanti la ore beli mak.."..Rupanya tengahari selepas tukar giliran dengan adik, keadaan makku jadi camtu. Mujurla aku tak sempat beli tiket lagi kalau tak memang burn tiket.
Kondisi makku sekarang ada progress yang baik. Alhamdulillah. Setelah ditukar diet makanan keadaan makku makin baik. Luka pada kakinya semakin baik dan gula dalam darah makin stabil. Dari hari ke hari sejak aku pulang pada rabu 4hb3 2012, lukanya makin lama makin kecut dan tumbuh daging. Lega hatiku rasa.
First time tengok memang seram. Luka selepas pembedahan fuh memang dahsyat. Berlubang sebesar muka cawan. Bayang daging burger...Hah sebesar itula daging dikeluarkan dari kakinya. Memang besar la. Nak upload gambar operation tu???Boleh kalu ada sapa-sapa yang request, boleh saya letakkan. Hukhuk...
time ni first time tengok mak sebab baru sampai
Ambik gambar sat...
Budak ni(abg ku) tak pernah jaga mak lagi...hehehe..
atas ambulans..
nak tengok tapak daging burger??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
opss...tak leh nak letak lagi...
**saya sangat sayangkan mak saya...
3 comments:
semoga mak awak cepat sembuh.
terima kasih kai..;)
Ya Allah.. mak akak sakit pe? kencing manis ke? semoga akak terus tabah... dan semoga mak akak cepat sembuh...
Post a Comment