Sunday, August 12, 2012

Bila jurang terlalu berbeza

Assalamualaikum ..
Sejak akhir-akhir ini banyak kali mendapat teguran .. terutama dari si dia dan dia.. trah akui memang trah tak pandai walaupun dia dan trah degree holder .. terasa cam jauh sangat perbezaan antara kami .. cara cakap pun lain .. ok trah akui trah masih belum terdedah dengan dunia pekerjaan .. trah baru terjun dari dunia belajar ke dunia pekerjaan yang betul-betul mencabar .. tetapi trah memang betul-betul berserah kepada Allah .. dan trah memang terasa Allah banyak tolong trah .. kalau tak .. tak mungkin trah  berada di tahap ini .. tahap ini bagi trah sudah melebihi kemampuan akal dan minda trah ..tetapi tahap ini pada orang lain hanya permulaan .. tahap orang lain sudah terlalu jauh dari trah .. kalau diletakkan range nombor satu hingga sepuluh .. orang lain sudah tahap enam .. trah baru ditahap satu ..
perbezaan paling ketara adalah :
1. cara cakap ..
2. cara berpakaian ..
3. kemampuan dari segi kewangan ..
4. cara sosial ..
5. cara pemikiran ..

Mungkin sebab mereka sudah lama dan terbiasa dengan cara mereka .. tolong jangan pandang rendah pada orang lain .. sebab tak semestinya apa yang kita ada, ada pada orang lain .. jangan lupa pada ketentuan Allah .. sudah tentu kita tak sempurna .. pasti terdapat kekurangan dan kelebihan masing-masing .. dan bila kita berada diatas .. sesekali pandang kebawah kerana mungkin kita dulu pernah berada dibawah dan mungkin akan tiba waktu kita berada dibawah ..


Walapun kita berada dibawah tak semestinya kita tak bahagia .. kerana kita pasti bahagia dengan cara kita tersendiri .. dan bila kita berada diatas .. jangan lupa .. ia pasti akan berpusing mengikut irama kehidupan masing-masing .. oleh itu, 
kejarla kehidupan masing-masing dengan 
cara masing-masing mengikut acuan sendiri 
dan 
mengikut peredaran masa ..




***semoga daku tak pernah lupa pada janji-janji mu Yaallah ..






3 comments:

Ariff Budiman said...

Salam.
Penulisan Thirah kini semakin teratur dan kemas. Tiada lagi ayat sms. Biarkan kita dengan cara kita asalkan tidak melanggar syariat. Janji kita bahagia. Kalau ikut cara orang tapi hati tidak senang buat gapo.

Thirah said...

Wasalam..
penulisan trah hasil dari kritikan membina en ariff..cuba dah cuba untuk tak ikut ayat sms...tapi penceritaan trah kurang menarik..nak kena banyak membaca lagi...supaya menjadi menarik cam en ariff...adakah bakat diperlukan disitu?

Ariff Budiman said...

Salam
Ada sesetengahnya memerlukan bakat dan ini saya rasa kita menulis dari hati kita. Apa yang tersirat itulah yang kita taip.Cuma kita boleh perindahkan ayat-ayat yang akan membuatkan orang senang dan tertarik untuk terus dibaca. Tak perlulah ayat sastera sangat