Wednesday, September 11, 2013

Tips : Menghilang Kelemumur dengan efektif

Assalamualaikum ..
Trah nak share pasal kelemumur .. silap cara nak hilangkan kelemumur yang sudah melekat kat kepala .. rimas betul .. trah alami .. ish .. dulu pernah cuba dengan perah limau tapi tak menjadi .. tak menjadi sebab sekali pakai .. terus ingat hilang dengan sekali pakai .. hahaha .. kalu camtu tak laku la shampoo yang menghilangkan kelemumur .. adus .. jom la baca tips yang trah jumpa kat yahoo ..

1. Daun inai dan serbuk teh


Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan. Amalkan petua ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu sehingga kelemumur berkurang.





2. Air Limau

Bagi anda yang mempunyai luka di kulit kepala, tips ini mungkin kurang sesuai kerana air perahan  limau kalau terkena pada luka mungkin akan menyebabkan luka di kulit kepala berasa sangat pedih. Tetapi bagi anda yang tiada masalah itu, boleh cuba petua ini. Amalkan sehingga kelemumur berkurang.





3. Daun pandan


Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua dan tumbuk sehingga halus dan campurkan dua gelas air. Kemudian tapiskan bahan tersebut dan sapukan pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan ia kering selama 30 hingga 60minit kemudian bilas dengan air mengalir. Daun pandan boleh mengurangkan masalah kelemumur dan jua membuatkan rambut menjadi wangi.






4. Santan

Menggunakan santan kepala adalah satu petua tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun. Selain mengurangkan masalah kelemumur, santan jua akan membuatkan rambut menjadi lebih sihat dan kuat!






Jadi diharap ia sangat berguna buat mereka yang mempunyai masalah kelemumur terutama trah sendiri ..


No comments: