Saturday, March 2, 2013

Kisah Hujan dan Bas Transnasional ..

Assalamualaikum ..
Pagi ini mahu cerita tentang kisah hujan .. minggu ini hujan turun bagai tak hingat sesudah minggu lepas panas tak hingat .. rabu lepas trah dalam keadaan tergesa-gesa balik kampung .. trah ingat nak balik selase malam tapi mak tak bagi keizinan .. pagi rabu tu dalam pukul8.00 pagi mak telefon dan bagi keizinan balik .. mak trah ingat trah nak balik dengan kereta .. katanya bahaya hujan-hujan .. tapi trah betulkan balik dan cakap trah balik dengan bas .. kita sebagai anak kalau dengar mak kita sakit .. tak sihat .. mesti hati tu tak senang .. walaupun telefon dan bercakap tak sama dengan kita jumpa berdepan .. jadi trah dalam keadaan tu terus pack baju dan message kat kaksha .. minta tolong dengan dia nak tumpang kereta .. bukan apa kat asrama ni bas harian tak lalu .. jadi tak mahu rugikan masa dan mengejar bas pagi .. trah terus bawa kereta ke Changlun .. tepat pukul9.30 pagi kak sha hantar .. pergi kaunter dan hanya kaunter tiket transnasional sahaja ada tu pun tiket pukul9.30pagi .. nasib baik bas tak datang lagi .. Alhamdulillah .. lega .. dan naik la bas .. hujan masih lagi renyai-renyai .. bas transnasional tu bas dua tingkat  tapi tingkat atas dia tutup sebab penumpang tak ramai dan pemandu bas suruh duduk kat bahagian bawah .. dan setelah bas bergerak .. dalam sejam macam tu adik yang duduk depan trah ni dihujani air .. perghh .. basah baju dia .. nasib baik trah perasan dan bagi tahu dia .. dia beralih tempat duduk .. setelah itu, trah pun sambung tidur .. dan keadaan sungguh sejuk .. teramat sejuk .. dalam trah tak sedar tu, terkejut .. trah punya tempat jua dihujani air .. Yaallah .. basah tudung .. trah pun beralih tempat jua .. kat luar hujan pun lebat jua .. ish ish ish .. teruk bebenor bas ni .. dalam hati duk terbayang .. ni tak ramai boleh alih tempat .. dibuatnya ramai orang dan penuh .. jenuh la nak berdiri .. buat naya orang ini .. yela kita beli tiket untuk keselesaan tapi dihujani air nak selesa macam mana .. dengar pakcik driver cakap malam ni bas ni nak gerak lagi .. tu dia .. nasib la siapa yang duduk kat tempat basah cam ni .. cu tengok gambar sat .. agak-agak nak duduk tak?

Ni baru permulaan hujan dalam bas .. 
lepas tu dah tak sanggup nak snap sebab dah macam nak banjir dah ..

Hujan dari sini .. bukan hujan dari langit ye ..



***Pesanan penaja .. sila pilih bas untuk balik kampung .. keselesaan sangat penting .. 



No comments: