Semalam trah terasa kesedihan ini .. trah betul-betul terkesan dengan pemergiannya .. dia adalah tunang kepada kawan trah, ila semasa belajar degree dulu .. trah ketahui per-awalan hubungan mereka .. dan trah tahu sedikit sebanyak progress preparation perkahwinan mereka .. dan trah tersentuh .. sedih menerima perkhabaran yang dia(arwah) telah meninggal .. menurut perkhabaran yang trah terima, arwah meninggal semasa naik motor pulang dari kerja sebelum mengambil kereta untuk mengambil ila pulang dari kerja .. trah betul-betul terkesan dengan apa yang terjadi .. mereka ditakdirkan bertemu .. bertunang .. namun Allah telah memisahkan mereka dengan sebuah kematian .. Allah telah merancang sesuatu untuk mereka .. untuk Ila .. sabar la wahai sahabat .. terima dugaan Allah ini sebagai ujian Allah untuk meningkatkan darjatmu wahai sahabat ..
kat bawah ni antara reaksi kawan-kawan arwah yang pernah bersama arwah .. melihatkan komen-komen kawan-kawan arwah, arwah begitu disenangi oleh kawan-kawannya ..
***Trah mendoakan semoga arwah berada ditempat orang-orang yang soleh ..
dan semoga ila tabah menghadapi dugaan ini ..
No comments:
Post a Comment