Wednesday, March 27, 2013

Rentetan Dari Darulaman Suite ..

Assalamualaikum ..
Bulan ni dah masuk bulan kedua trah sambung belajar .. seriously belajar by research bukan sesenang yang disangkakan .. sebelum nak sambung master by research ni sila la tampar diri sendiri beberapa kali ye .. trah ni memang dah cuak dah .. trah adalah batch kedua .. batch pertama sekarang tengah kalut .. sibuk nak buat persediaan .. mereka dah melalui 6bulan pertama iaitu tempoh persediaan untuk defense proposal .. dan bulan pertama mereka ni elaun rm1300 .. dua minggu lepas, ketua penyelidikan membuat mock defense di Darulaman suites .. memang trah cuak betul dengan panel-panel yang berkaliber .. time tu dah la trah otak kosong blur .. tak tahu apa-apa .. dan hari ni bengkel Literature Review diadakan rentetan mock defense sememangnya membuatkan trah bertambah kecuakan .. bukan apa .. semua aspek kena ambil kira .. semasa di Darulaman suites, ketua penyelidik telah menjanjikan kepada mereka yang berjaya defense proposal pada hujung bulan 4 nanti akan dibayar rm1800 iaitu tahap maksimum elaun untuk pelajar master .. tu dia!!!tu dia!!! .. oleh itu, mereka seharusnya perlu! .. wajib! .. untuk berjaya .. ini kerana jika mereka tidak berjaya .. perjalanan sukar yang harus ditempuh .. sebab bukan senang nak membuat persediaan menyiapkan proposal dan membaca journal-journal bertebaran diseluruh dunia .. lagi seminggu proposal lengkap seharusnya dihantar oleh mereka, dan dalam tempoh 2minggu seterusnya review paper(tak tahu betul ke tak nama dia) .. tetapi kawan trah kata kena ada 100journal berkaitan dengan topik kita .. tu dia!!tu dia!! dan the best part .. tukang review ada Profesor Dr Zulaikha .. tu dia!!tu dia!! .. siapa tak kenal sila tampar diri sendiri .. hahaha .. memang terbaik .. sekarang ni mereka dah seram sejuk seram sejuk .. tapi semua ni adalah proses .. bukan senang nak melepasi tahap-tahap semua ni .. tetapi bengkel ni semacam sesuai dengan trah yang baru terjebak .. ok untuk memulakan research ini .. dan trah pun turut seram sejuk dengan mereka sebab trah lum nampak 'contribution' yang trah bakal sumbangkan ..




***Positive kan diri untuk hadapi semua ini .. 
semua ini takkan terjadi tanpa perancang yang hebat, Allah 
dan pelakon realiti, umatMu ini ..

No comments: