Monday, May 27, 2013

Jalan-jalan: Muzium Padi..

Assalamualaikum ..
Kelmarin ambil kesempatan untuk berjalan-jalan .. sesungguhnya sememangnya kemalasan melanda .. walaupun banyak kerja nak dibuat namun ku sangat malas .. titik! .. then kalau bab berjalan sememangnya laju je .. now .. trah ambil kesempatan pergi ke Muzium padi .. dekat dengan tempat rekreasi Gunung Triang .. tapi trah tak pergi kat gunung tu .. hanya aim nak pergi muzium padi .. bila sampai ruang parking memang banyak, kebetulan kelmarin cuti .. agak ramai la yang mengunjungi muzium tu .. untuk masuk ke ruang pameran bayaran sebanyak rm5.00 dikenakan bagi orang dewasa .. jadikan citer trah dan kawan trah mati keinginan nak masuk .. last-last .. kami just ambil gambar sebagai kenang-kenangan pernah datang ke muzium tu .. hehehe ..

Sue(roomate) dan trah 


Saja nak tempek gambar sorang-sorang .. 


***Nanti nak plan jalan-jalan ke Bukit Merah .. 
semoga dipermudahkan .. Amin ..

Saturday, May 25, 2013

Alhamdulilah..Semua Selamat..

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah .. syukur kepada Allah yang memberikan dugaan ini dan Allah jua menyelesaikan masalah ini .. kejadian yang berlaku bermula pada 4hb5 .. dan kelmarin 24hb5 .. sudah selesai semuanya .. maha suci Allah .. rentetan cerita antara kami berakhir .. semoga ini jalan terbaik antara kami .. dan tiada rasa kebencian dan dendam .. tetapi setelah trah mendengar cerita dari mak .. mak kata 'betulla agakan mak itu' .. ye mak .. anak mak tahu dan faham .. dan anak mak tak pernah sangka putar belit yang diada-ada kan .. untuk ke-dua kalinya anak mak menitis airmata .. bukan kerana perpisahan tetapi kerana kebodohan sendiri .. betapa hakikatnya ini mak sendiri kata .. anak mak bodoh dalam hal ini .. ye mak .. trah tahu memang trah bodoh dalam hal ini .. trah akui .. maafkan anak mak ini yang memalukan keluarga mak .. dan terima kasih kerana sokongan padu keluarga untuk trah hadapi semua ini .. terima kasih ..


I love my family

Mood : Sayang mak dan semua ahli keluarga kerana sokongan tak berbelah bagi .. 

Wednesday, May 8, 2013

Seminggu yang menyedihkan

Assalamualaikum ..
Hampir seminggu berada dikampung .. balik untuk mengundi .. tersangat gembira untuk balik mengundi sebabnya adik beradik ada kat rumah .. lama tak ketemu mereka beramai-ramai .. tetapi ada disebalik kejadian yang menyedihkan trah .. mungkin Allah sedang nak uji trah .. atau mungkin balasan atas kesilapan lampau trah .. trah dah redha .. apa yang dirancang tak seperti kita mahukan .. trah cuba yang terbaik untuk diri trah, diri dia dan keluarga .. terima kasih untuk keluarga trah yang menyokong trah .. trah hargai semuanya .. dan mak .. maafkan trah kerana telah membuat tidur mak menjadi tak lena .. trah sedar itu kesilapan trah ..