Monday, April 30, 2012

Semangat cashout nuffnang pagi-pagi..

Assalamualaikum...
Pagi-pagi semangat pergi cashout nuffnang. Nak tahu kenapa hari ni?kenapa tak semalam, kelmarin? Sebab hari ni 30hb. Tunggu sebulan lagi baru dapat. Kalau wat awal bulan, lagi lama nak dapat. Jangan jeles, rm bukan banyak pun, sikit-sikit saja. Bukan apa, cash out siap-siap sebab tak tahan la tengok je duit tapi tak dapat guna. So cash siap-siap!!
Tengok..akaun nuffnang ku sudah kosong..


Siapa nak join nuffnang klik link ini...nuffnang.com


Safely Arrived!

Assalamualaikum
Salam pagi isnin yang indah. Trah selamat tiba kat hentian putra pukul 5.30pagi tadi. Setengah jam tunggu kat hentian putra,housemate yang datang dari kelantan jua tapi berlainan bas tiba dan terus ke kereta balik rumah sewa.
Wowwww. Trah pulang kekampung malam jumaat then back semalam. Balik kampung penuh aktiviti untuk siapkan hantaran perkahwinan abangku. Ni fully ideas from me. Its simple but its kiut(masuk bakul angkat sendiri..hehehe). Yang tinggal lagi nak beli bunga apa entah nak sebut, tak reti tapi dah tahu bunga jenis apa. Nanti bila dah siap, trah upload hasil tangan trah ye.
Seriuosly, perjalanan balik dan pergi dengan bas kali ni tidak seperti yang selalu trah rasakan. Semasa atas bas, badan sakit dan lenguh-lenguh. Nasib malang betul sebelah trah ni lelaki, kalau perempuan nak mintak tolong tumbuk-tumbuk kat belakang. Serius sakit...Arrggghhh!!! Bila dah sakit-sakit camtu, terasa nak beli helikopter je. Senang..tak yah naik bas dan sakit-sakit camtu...tak apa la berangan yang tak mungkin terjadi..ayat nak redakan suasana je..hukhuk...


Best Regards,
Trah.

Friday, April 27, 2012

Hormat tak bertempat?

Assalamualaikum...
Hari ni hari jumaat.
Hari penghulu segala hari.


Dipagi hari yang dingin dan hot.
Dengan semangat pergi kerja(malam ni balik kampung..mau tak semangat).
Terserempak dengan seorang akak tempat kerja trah ni. Umur akak ini dalam lingkungan 40-an.
Dia hulurkan tangan nak salam. Then trah pun sambut tangan salam dan cium. Siap tunduk dah ni. Boleh pulak dia tarik tangan dia.
Trah hairan sambil bertanya 'Kenapa akak?'. Dijawapnya 'Mentang-mentang aku tua sikit dari ko..ko ingat aku ni mak kau ke?'.
Sentap anak mak kejap dengan bahasa indah akak ni. Trah wat selamba dan cakap-cakap benda lain dengan akak ini. Tapi kat dalam hati trah. Tertiba dihujani dengan persoalan. Soalan yang tiada jawapan.

Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?

Yang trah tau. 'Spoil mood' pagi-pagi ini. Bak kata kawanku.'Mungkin dia tak biasa orang cium tangan dia KOT'.
Andai kata betul!. Kesian dia.
Ok. Alasan diterima. Tapi yang pasti. Hormat ku pada akak ni sudah terbang kemana entah. Tak sempat nak simpan sebab trah akan hormat orang yang tahu hormat orang lain.

Bak kata-kata kat blog ni

Berakit ke hilir, berenang ke hulu,
Hormat orang dulu la, baru orang hormat lu. - http://jiwamonster.blogspot.com/2011/10/gangster-2-kerat.html

'yang tua dihormati dan yang muda dikasihi' - http://ozzy2u.blogspot.com/2011/11/hormat-dan-dihormati.html
Sekian terima kasih.


Best Regards,
Trah.

Thursday, April 26, 2012

Pergi Main Jauh-jauh

Assalamualaikum.
Hari ni pergi keje dengan mood balik kampung. Malam esok balik kampung. Saya sangat teruja untuk balik ke kampung. Ini kerana balik kampung kali ini dengan harapan saya dapat mengasah bakat kreativiti membuat hantaran kahwin abangku. Bajet ada bakat. Hehe..Tak apa. Cuba. Jangan lekas putus asa. Sekali kita set mind kita tak boleh, maknanya kita dah tak boleh. Cuba bagi tahu minda. Yes, I CAN DO IT!!!!

Tulisan kat atas tak ada kaitan dengan tajuk entri.

Bawah ini baru ada kaitan


Sebenarnya......
Ada sesuatu bermain kat minda saya.
Pergi main jauh-jauh.
Saya tak nak!
TAK NAK!!!



Macam mana la cara saya nak hindari sesuatu itu.
Cukup!cukup!
Saya sayang keluarga saya.
Cukup!Enough!


***Biar Allah sahaja membuang sesuatu itu yang dah lama saya lupakan.

Tuesday, April 24, 2012

Apa mahu jadi?


Assalamualaikum
Double entry ye hari ni.
Tak tahu nak bagitahu lawak ke tak. Ni konon dah siapla kerja. Nak send file by email kat my supervisor. Siap karang la ayat dalam BI ni. Saya dah la BI yang agak hancussss(failed), tak apala janji dia faham tapi faham ke..ikut diala janji send file tu. Lepas send email tu..pergi la saya berjoli-joli kejap kat internet(browsing je).

Setengah jam kemudian...

Then cuba tengokla semula email kot dia reply apa-apa nak kena betulkan. Pastu tekan la Send/Receive, woww...ada email!
Excited ni tengok...sekaliiiiii...pasal apa nama saya???
arggghhh!!!tidakkkk!!!

Adus email saya sendiri kat bahagian to....
Apa daaaaaaaaaaaa.....

Terus resend la kat dia semula.
Selalu memang dah selalu sangat dah send kat email sendiri. Kali ni betul-betul email sendiri la.Terbaikkkkk!!!

 
Teruk betul!boleh terlepas hantar kat diri sendiri.




***otak melayang-layang kat kampung.



Hari Ini : Tema Google yang menarik


Assalamualaikum...
Hari ni agak tertekan dengan kerja. Saya merasakan diri ini tak mampu nak wat kerja yang diberi. Maunya tak mampu kalau dia bagi, saya tak tahu tarikh nak kena hantar. Tertiba nama skypenya muncul kat screen. Dalam hati sentap “Dia datang dah...apa yang dia nak ni..?” Nah. Ambil kau dia mahu kerja yang ke-4 dalam senarai kerjaku. Manala saya tau yang tu dia nak dulu. Saya pun satu hal, segan, malu, nak tanya kena submit bila..nah!!!ambik kau..Berdebar dan kalut la buat. Mujurla menjadi dengan bantuan nanny google. Alhamdulillah.

Sebenarnya nak cerita la pasal google.
Saya antara pengumpul icon-icon menarik google. Then, hari ni cam best main-main zip. Ala-ala zip baju tu la.

 
Ni zip mula-mula....


 
Buka slow-slow ye...


 
 Hah elok-elok. Jangan pejam mata.


 
 Jeng jeng!! mana ada apa-apa la


Duk baca la kat link ini http://ibnlive.in.com/news/isnt-the-gideon-sundback-doodle-firefox-friendly/251604-11.html . Katanya pengguna firefox browser tak boleh main-main dengan zip ini kerana tak leh zip. Tapi saya duk syok main-main zip (curi-curi main daaa...kat opis kan). 
Dorang reka layout ni pakai Javascript dan elemen HTML5 untuk nampak doodles lebih menyeronokkan dan interaktif walaupun sesetengah code tak sesuai dalam browser yang moden
.
Dua hari lepas, tema earth day. Cantik dia punya pokok bunga kembang elok je.





*** Kreatif sungguh manusia kan. Semua terjadi sekiranya Allah memberi nikmat dan rahmatnya kepada kita manusia.

Sunday, April 22, 2012

Wow!Balik Kampung lagi

Assalamualaikum...
Tak sabar menunggu 27hb malam. Naik bas balik kampung. Rindu kat my mak ku sayang. Pastu balik ni ada agenda besar. Siapkan hantaran barang perkahwinan abangku. Tertiba rasa nak jadi kreatif. Kira nak wat eksperimen la sebenarnya. Kot la terjadi cantik sapa tahu kan. Kot ada tersimpan bakat terpendam sapa tahu kan. Apa-apa pun kenduri dah nak dekat lagi sebulan. 30hb6. Ceh!saya pulak berdebar rasa. Camla nak kawin. Padahal calon tak de lagi. Tak apa, tak kisah(dalam hati:saya kisah la...sob sob~~~).

Balik kampung!!!!oooo balik kampung...

Saya wat beg goodies untuk kenduri sebelah kami. Saja-saja cuba.
Ini la hasilnya:

 depan

 Sisi


Allah tak bagi apa yang kamu nak?

Assalamualaikum...
Tengok tajuk dah tahu dah nak tulis apa. Mesti tentang harapan, impian, keinginan yang kamu tak tercapaikan. Puas dah berusaha apa tak dapat jugak. Tension la. Tak mahu dah berusaha, dah tahu tak kan dapat dah. Kalau betul dapat, kenapa tak dapat masa duk berusaha tu?
Cuba alihkan sikit pemikiran---->
Puas dah berusaha apa pun tak dapat. Tension la juga tapi tak apa. Bukan rezeki lagi, bukan jodohku lagi. Kena berusaha lagi kuat dan mungkin Allah sedang sediakan sesuatu yang lebih baik. Berusaha dari segi meningkatkan keimanan, banyakkanlah berdoa.

Apa yang penting, kita kena ingat hanya orang-orang yang sabar berhak mendapat nikmat kesabaran tau. So, kalau rasa tak sabar, jangan nak perasan dapat.
Andai dah dapat apa yang diimpian, inginkan pulak jangan la riak, takbur kerana kekadang Allah bagi kerana nak uji umat-umatNya, nanti Allah tarik balik nikmat. Minta dijauhkan

.


***disebalik kejadian itu terselit seribu nikmat dan rahmatMu..Thank you Allah.


Monday, April 16, 2012

Gambaran Hati...

Assalamualaikum..
Membiarkan gambar berkata-kata tentang hati

 


 

Terselit berjuta hikmah disebalik dugaan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik, kerja yang tak berapa yang kerja yang penting gaji masuk cam biasa(ni best part). Apa-apa ada kerja ke tak, ikhlas kan diri.
Alhamdulillah diberi kesihatan yang semakin baik kepada makku. Walaupun tidak dapat bergerak seperti biasa yang membataskan pergerakan. Apa-apa pun, pasti anak-anakmu senang hati melihat perkembangan kesihatan yang baik untuk makku.
Alhamdulillah jua kepada Allah kerana dugaan demi dugaan yang diberi membuatkan aku  betul-betul terasa kehadiranMu disepanjang perjalananku. Apa-apa pun, aku perlu lebih berusaha mencari keredhaanMu. Tak cukup lagi iman ku dan perlu dipertebalkan. Minta didoakan.





**Sabar itu perlu...insyaallah akan merasai nikmat kesabaran itu...sabarlah wahai hatiku..



Sunday, April 15, 2012

Jom Cuba : SISTEM JANGKAAN HAYAT

Assalamualaikum...
pagi Ahad bangun lewat sikit 6.55pagi. Subuh ku terbabas dari landasan. Masyaallah. Tak sedar bunyi azan.
Pastu duk atas tilam fikir-fikir, renung-renung then buka laptop. Buka era.fm sambil buka FB. Ternampak satu link kat FB group.

Klik Link ini  Sistem Jangkaan Hayat

Kalau dilihat sudut +ve sistem tu mungkin untuk menganggarkan jangka hayat penduduk Malaysia semata-mata. Saya pun tak tahu tujuan sistem tu kerana tak pernah tengok documentation sistem tu.
Kalau sudut -ve cam .....korang fikirla sendiri. Bukan apa. Soal hayat kita ni mati hidup kita ni adalah rahsia Allah. Sekadar ambil ikhtibar dan jangan menaruh sepenuh kepercayaan.



Dan tengokla jangka hayat ku..hehehe..

 
 Isi tarikh lahir, etnik dan jantina dan tekan butang hantar


 
Selepas hantar hah!dapatla jangka hayat anda...48.7 tahun..

 
Kasi view besar sikit


***bersiap sedia setiap masa kerana semuanya RAHSIA ALLAH.




Tuesday, April 10, 2012

MasyaAllah...makku..

Assalamualaikum...
Hari ni makku akan berjumpa dengan pakar yang wat pembedahan semasa kat hospital Kuala Krai. Kelmarin aku telah extend cuti ku sebanyak dua hari lagi. Esok rabu aku akan pulang ke damansara. Ini bukan kehendakku kerana hatiku tetap disini.
Aku telah lanjutkan cutiku kerana pada hari sabtu lepas selama sejam dari pukul12.00am sehingga 1.00pm makku tidak sedarkan diri. Tidak diketahui punca. Kata makku kerana gastrik teruk..tapi doktor sendiri tidak mengetahui keadan sebenar. Tika kejadian ini berlaku ketika giliran adik lelaki ku menjaga.
Katanya."Cuba mu bayangkan time tu kepala mak slow-slow jatuh pahtu aku panggil dia tak menyahut..time tu aku tak tahu nape air mata jatuh..tapi aku tak rasa pun nak nangis..".
Time adikku citer kat aku, aku lihat matanya merah.
Adikku cakap lagi "Aku tak tahu nak wat apa time tu. BP dia drop 80/38. Doktor kalut nak selamatkan. Ni first time aku tengok".
Patutla hari sabtu pagi tu makku kalut suruh beli tiket balik damansara sebab hari isnin keje. Aku cakap la "Nanti la ore beli mak.."..Rupanya tengahari selepas tukar giliran  dengan adik, keadaan makku jadi camtu. Mujurla aku tak sempat beli tiket lagi kalau tak memang burn tiket.
Kondisi makku sekarang ada progress yang baik. Alhamdulillah. Setelah ditukar diet makanan keadaan makku makin baik. Luka pada kakinya semakin baik dan gula dalam darah makin stabil. Dari hari ke hari sejak aku pulang pada rabu 4hb3 2012, lukanya makin lama makin kecut dan tumbuh daging. Lega hatiku rasa.
First time tengok memang seram. Luka selepas pembedahan fuh memang dahsyat. Berlubang sebesar muka cawan. Bayang daging burger...Hah sebesar itula daging dikeluarkan dari kakinya. Memang besar la. Nak upload gambar operation tu???Boleh kalu ada sapa-sapa yang request, boleh saya letakkan. Hukhuk...


 time ni first time tengok mak sebab baru sampai


 
Ambik gambar sat...


 
Budak ni(abg ku) tak pernah jaga mak lagi...hehehe..

atas ambulans..

nak tengok tapak daging burger??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
opss...tak leh nak letak lagi...

**saya sangat sayangkan mak saya...

Monday, April 2, 2012

Alamak...tiket dah beli, cuti lak tak konfem..

Assalamualaikum...
Sejak semalam lagi duk ushar tiket bas sani ekspress secara online..Takut tak dak tiket. Konfuse kejap. Ramai pulak balik kampung tengah-tengah minggu. Tension kejap. Semuanya kejap-kejap datang kat minda ni. Bukan sewel tapi banyak fikir kot.
Konon nak konfemkan cuti dulu. Sekali gedik pergi beli secara online, susah payah dari pagi duk ushar then pukul11.00 pagi semangat bankin online dan dapat la tiket. Dalam pukul1.00 tengahari baru hantar surat apply cuti. Sekali bos cakap 'Ok, i want to review first' ..Hah!!! sudah....patutla bos nak review. Bulan lepas dah unpaid leave dah...aduss..
Masa lunch citer la kat kawan, dorang pun cakap 'dont worry la'...hatiku berkata 'mana tak worry. Tiket dah beli' tapi cuti tak tau konfem ke tak.
Terdetik dalam hati ku. Kalau dapat surat termination pun aku redha aje. Aku anggap bukan rezeki aku kat sini kan. Yang penting aku yakin dengan janji Allah.

 


moral of the story : sila pastikan cuti dapat baru beli tiket ye..;)

Sunday, April 1, 2012

Jangan dikau ujian kami dengan dugaan yang kami tak mampu hadapi

Assalamualaikum...
Hari kamis 29hb3 2012, makku dimasukkan wad. Ini pun setelah abang ku memaksa makku pergi check up kerana demam panas. Rupanya makku dah dua hari demam. Dengan keadaan yang demam panas ditambah dengan luka dibawah lututnya membuatkan mak ku ditahan dihospital. Setelah dikhabarkan hal ini oleh makku sendiri, aku berkira-kira untuk balik tetapi atas nasihat adik laki ku zada supaya balik pada minggu depan kerana dia sudah cuti dan ontheway balik kampung. Adikku ain bertindak menjaga mak kerana pergerakan makku yang terbatas.

Semalam 31hb3 2012, makku di transfer ke hospital Kuala Krai. Ini kerana hospital Machang tidak dapat nak handle kes cam makku. Petangnya setelah keputusan darah keluar, makku di transfer ke sana.
Semalam, kami adik beradik berkira-kira untuk aku berhenti kerja jika keadaan mak ku berlarutan. Namun the best part bila SMS yang ku hantar kat adikku ain semalam, dibaca oleh makku (kebetulan pulak, sebelum ni makku payah nak baca SMS).
Rupanya adikku ain cakap 'Time tu aku tengah baby, aku pun ajarla mak cara nak buka...tak sangka SMS private lak pulak...Kantoi...'..
Apa lagi, pagi ini aku kena basuh kat mak ku...'Nape nak berhenti?Sebab mak ke?Cuba gtau jujur, gtau hati ke hati...Jangan sebab mak, kau nak berhenti,mak akan sihat nanti lagipun luka tak teruk mana..kau ada masalah tempat keje ke? '..
Aku..arrgghhh..dalam hatiku..'keranamu mak ku...'..
Aku cakap 'Rezeki Allah ni kat mana-mana ada dan boleh cari tapi mak..., irah nak cari kat mana?'.
'Ye memang sorang. cam kamu irah, ain...semua sorang je.Bukankah tu impian mu sejak dulu lagi nak keje...kau jangan nak berhenti keje!..' mak ku cakap...
Aku pun cakap lagi 'Tak pela mak...apa-apa tunggu irah balik sana dan tengok keadaan mak cam ne?'...'ye balik la tapi kau jangan nak berhenti pulak..'.Telah makku lagi....

Adeh!!!pedih!!!apa harus ku lakukan..... sentap hatiku....oh makku..


Andai dirimu ditempat ku bagaimana agaknya keputusan mu??




Kata-kata hikmah:Jalan itu yang di lalui

Assalamualaikum...
dalam hidup ini kita hendak memilih jalan yang terbaik.
Kemana hala tuju perjalanan kita.
tersaat kita pernah terfikir 'Ini kah perjalanan hidupku'
kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk menjadi terbaik diantara yang terbaik.
Namun kita jangan pernah lupa bahawa perancang yang terbaik ada Dia(Allah).

Dia Maha segalanya.
Dugaan demi dugaan yang datang untuk mengangkat darjatmu disisiNya.
Kesakitan yang melanda ada untuk menghapuskan dosa-dosa kecilmu.
Sabarla wahai manusia.
Tidakkah kita mahu bergembira disini dan disana?
Bersyukurla.
Senyum dan mengucap Alhamdulillah ketika mendapat musibah.


Allah sentiasa menantikan doa-doa umatNya.