Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Bila project kena 'reschedule' ..

Assalamualaikum ..
Hai .. nampaknya ada yang kerja lebih masa .. kerja time hujung minggu .. kerja kerja kerja .. dah namanya mencari rezeki .. kerja trah ini, mak trah pun tak faham .. lawak sungguh .. banyak kali duk tanya .. trah siap bagi contoh lagi .. sekali tak faham juga .. tak apala mak .. anak mak ini cara kerja yang halal .. walaupun gaji tak besar .. insyaallah trah mampu bagi mak duit poket tiap-tiap bulan .. mak tak pernah minta .. tapi anak mak ini nak mak rasa hasil kerja anak mak ini .. berbalik pasal kerja trah kena buat ini .. trah terlibat dalam 'development' untuk plus dan menggunakan cakephp framework .. ingatkan senangla macam bakar cake .. sekali .. adus .. ini bukan buat cake dah .. macam-macam dah ceradak yang ada .. tapi sabar dan tekun untuk fahamkan cakephp .. sekali .. tengok-tengok .. nak kena siapkan bulan11 bagi keseluruhan projek ini .. dan timing semua dah tukar .. trah dah kena stopkan buat development sebab nak support buat screen design .. tak sangka pula .. belajar kat U dulu lain .. eh silap .. benda lain buat benda lain .. sekali bila dah kerja ini atau  dengan kata lain nak implement semua kita belajar kat U sangat berbeda sekali .. dan seminggu ini lewat trah balik rumah .. selalu tak sabar-sabar nak tunggu detik 5.30 petang .. sekarang ini macam scary nak tunggu dekat 5.30petang .. terpaksa la balik lewat sikit dalam pukul6.30petang .. dan the best part adalah time sibuk ini terpaksa cuti untuk exam spa dan untuk konvokesyen .. harap-harap bila dah siap projek ini boleh trah cuti dengan aman .. seperti yang terjadi beberapa bulan sebelum ini .. ngeh ngeh ..




***Balik kampung lagi la saya minggu ni 
.. rasa cam dah banyak kasi duit kat pengankutan bas ini .. 
untungla mereka sebab ada trah selalu balik kampung .. kihkih..


Friday, June 8, 2012

Kenapa bos nak cepat-cepat confirmkan?

Assalamualaikum .. minggu ni double kegembiraan la .. berkongsi kegembiraan abang trah kahwin dan petang semalam bos panggil kat bilik nak wat confirmation .. mula-mula cuak jugak la kan .. pasai pa?? (padahal dah rasa cam leh agak-agak masa dia minta details trah)  .. pastu startla cakap-cakap, masa tu ada supervisor dan assistant manager .. then asisstant manager cakap-cakap (tak berapa nak dapat tangkap sebab BM dia cam pelak dia bunyi .. ops bukan dia pelak tau .. BM dia ..) .. trah tanya dia .. 'napa nak konfemkan trah sedangkan baru 5bulan?' .. cam soalan tak patut tanya tapi dah tak ada idea nak tanya, wat-wat tanya .. katanya :

1. tak perlu UNPAID LEAVE dah pas ni

trah gelak aje masa dia cakap sebab baru je balik dari bercuti 5hari .. tapi tak apa la trah rasa cam perlu trah cuti .. demi family kan .. tak salahkan berkorban duit untuk family ..

2. tak mau ada kes pekerja tak dapat BONUS time raya ..

sebab bonus hanya mereka yang dah konfem sahaja .. tambah-tambah bos kena hantar surat evalution hujung bulan 6.

Itu jela kot yang trah faham dia cakap .. ada lagi tapi tak faham pelak BM dia .. then dia cakap la pasni bebanan kerja lagi bertambah .. supervisor pun cakap nak involvekan trah dengan projek PLUS dan projek kat Hong Kong tu .. trah bagi tahu la 'trah masih limited knowledge lagi' .. supervisor cakap 'normal la sebab u fresh then at least u ada problem solving with another way to settle it'  .. gembira pun ada, sedih pun ada .. nak tahu nape?

1. ala .. dah tak leh nak cuti sesuka hati

2. dah tak leh cuti ..

3. ala .. tak sesuka hati nak cuti ..

oit oit sudah!!! .. cuti cuti cuti je kejenya .. kang padan muka .. dah tak leh cuti selalu .. sob sob sob
padahal event bebesar banyak in progress ni ..

Bulan7 : puasa
Bulan8 : Raya oit?
Bulan9 : ke Kota Kinabalu
Bulan 10 : konvo

Ah sudah! ..

Coollll ..

Relaxxx ..

Cuti oh cuti ..

Sekian Terima Kasih ..


Friday, May 25, 2012

Bila server down!

Assalamualaikum ..
Wah!!Lenggang kangkung trah hari ni .. supervisor ku cuti!! .. apa lagi tak ada kerja la .. dah 2minggu dah camni .. kerja bukan tak ada langsung .. tapi bila sah settle tak ada kerja lalalala .. OK .. back to the topic ok .. al-kisahnya suatu pagi yang damai, sejuk(sebab hujan) .. dalam pukul10.40pagi camtu la .. tertiba lampu kat opis yang terang benderang bertukar menjadi lampu macam disco .. berkelip kelip .. uiks.. semacam je ni .. bukan!!! dah lain macam ni .. sekali papppp!!! ..


blackout semua komputer bagai kat opis .. time tu trah dah tak tekan apa-apa .. suka suka je komputer ni ON sendiri .. biarla dia ON sendiri .. sekali dah siap ON semua .. internet pulak segan silu .. LIMITED ACCESS .. tak apa la .. trah pergi jalan-jalan(bajet opis besar la kan) then dalam 15minit baru leh access .. sibuk pulak trah tengok jejaka-jejaka(chinese guy) kat opis ni nak handle komputer yang dijadikan server untuk projek-projek dorang .. trah tengok-tengok jela .. tak tahu apa .. dengar dorang duk sebut pasal linux apa entah tak dapat nak access .. trah tadah telinga aje .. sekarang dah ok dah kot .. sebab masing-masing dah duduk kat tempat masing-masing ..


***BOSAN!! hari-hari duk hitung jam5.30 petang .. masa lambat berjalan .. sekali sekala berlari la masa .. Adeh!!!

  

Thursday, May 17, 2012

Memilihkah??

Assalamualaikum ..
Duk tengah-tengah kerja leh pulak cari kerja lain .. kerja sekarang tak pun meletihkan sebab tak banyak kerja pun .. ada hati nak tukar kerja lain .. yela sapa tak nak peningkatan dalam hidup .. maksud trah kat sini dari segi peningkatan pengalaman, ilmu supaya nanti bila terjun dalam dunia lain tak ada la cam jakun sangat .. duk fikir-fikir balik .. tunggula trah stabil dulu dari segi kewangan lagipun nak cari kat mana pergi kerja dengan jalan .. langsung tak kuar kos pengankutan .. yang kuar peluh hari-hari ..tapi sampai umah tibai makanan habis-habisan .. kihkih .. tu yang tak stabil-stabil kewangan, asyik makan otaknya (tengok badan lerr) .. oleh itu, bersyukurla .. tak yah fikir tukar kerja ..

Sebenarnya HSBC dah call banyak kali .. hari ni saje dah 10kali lebih call .. trah tak mau angkat .. dah time keje la dia nak call .. sudahnya tak angkat .. trah mohon maaf yer .. tak bisa untuk angkat .. kalu dia berminat hubungi daku lagi ..



***mood : sangat bohsan!!!


Tuesday, May 8, 2012

Ada ke patut?

Assalamualaikum..
Semalam dengan selamat trah dah buang browser Firefox.
Dari minggu lepas duk pendam perasaan.

Ada ke patut tak leh nak klik apa-apa kat page?
Ada ke patut duk tayang je depan tapi tak ada function pun?
Ada ke patut?ada internet tapi boleh tengok je..
Ada ke patut button hilang function?
Tak patut kan?

Nak guna internet explorer(IE) 7 pulak, banyak kerenahnya,..
Almaklum la IE ni segala benda detect error (kebanyakan development terlepas pandang).
IE sangat sensitif dengan javascript(one of programming language)
Sejak terbabit kerja dengan IE ni.
Fuh!!..tak mahu guna IE.

So, trah beralih arah kepada Google Crome.
Hambak kau. Dulu tegar tak mau pakai Google Crome.

Begini perasaan ku...akhirnye...get it!!!


Sekarang hambik kau. Telah selamat trah install kat laptop. Settle masalah. Semua perkataan ada ke patut dah buang dah dalam kamus hidup yang dah berbungkum seminggu lepas.



***Remove benda-benda tak penting dalam hidup, baru lega rasa hidup ini hanya keranaMU Yaallah.  

Monday, May 7, 2012

Monday blue

Assalamualaikum...
Pagi yang dingin. Hujan turun sejak pukul3.00 pagi tadi kat Kota Damansara. Ada yang mengagak akan berlaku banjir kilat seperti berlaku kat Kajang dua hari lepas. Alhamdulillah. Tiada banjir kilat yang melanda. Tersedar daku dari lena setelah mendengar hujan yang turun dengan lebat dan angin yang sejuk. Wow.. nikmat betul untuk Zzzzzz lebih lena.
Bila bangun pagi, mula terasa liat. Terjaga pukul6.00pagi. Boleh pula sambung sampai 6.40pagi. Ish ish. Subuh pun terbabas lewat. Liat betul. Semua kerana hujan. Ada pulak nak salahkan hujan.
Apa-apa aje la.
Selamat bekerja!!!



***Tak sabar menanti hujung bulan ni dan bulan depan.


Thursday, May 3, 2012

Firefox vs IE8


Assalamualaikum...
Hari ni sambung keje semalam yang tak mahu jadi. Internet explorer punya pasal, bukan senang nak wat sebab nak kena sesuai dengan browser yang makin canggih. Then hari ni bila dah tanya my supervisor...baru dia nak kasi portable software yang support semua IE dari IE5 hingga IE9. Canggih betul dunia sekarang(padahal trah yang tertinggal)..

Kat bawah ni gambar: code yang sama tapi hasil berlainan apabila berlainan browser.....

 
Ni hasil keje kat Firefox..clear je...tapi bilaaaa...

 Kat internet explorer 8 kuar pula garis(border)..pastu hilang lak checkbox...
suka-suka dia hidden ek...


Dah settle kan code dan semua yang nak menjadi, send kat bos. So kerja done!
Then apa lagi bersosial, baca-baca benda ilmiah sikit kat blog. Tak dan sejam, nick name supervisor muncul kat skype.
Katanya 'can u come here a while' .
Hatiku bermonolog 'Ada kerja coming'.
 Yeayyy!!!ada kerja..ni ayat separuh jiwa ku.
So, kerja task baru bermain pulak dengan database+php. Kali ni lagi advance permintaannya. Setelah dapat file dari supervisor....waduhhh!!!segala code trah sudah bertukar pembolehubah(variable). Kena check pembolehubah dan paling tak leh BLAH nak wat ni..... no ideas. How to display values from Javascript?or maybe I have to think another ideas..otak duk nampak AJAX je ni......tak apa..relax dulu...slow slow...drive otak 10km sejam...


***entry ni ditaip kat opis dikala pemikiran logik dah tak berapa nak logik tapi dipastekan kat blog dikala ini..




Tuesday, April 24, 2012

Apa mahu jadi?


Assalamualaikum
Double entry ye hari ni.
Tak tahu nak bagitahu lawak ke tak. Ni konon dah siapla kerja. Nak send file by email kat my supervisor. Siap karang la ayat dalam BI ni. Saya dah la BI yang agak hancussss(failed), tak apala janji dia faham tapi faham ke..ikut diala janji send file tu. Lepas send email tu..pergi la saya berjoli-joli kejap kat internet(browsing je).

Setengah jam kemudian...

Then cuba tengokla semula email kot dia reply apa-apa nak kena betulkan. Pastu tekan la Send/Receive, woww...ada email!
Excited ni tengok...sekaliiiiii...pasal apa nama saya???
arggghhh!!!tidakkkk!!!

Adus email saya sendiri kat bahagian to....
Apa daaaaaaaaaaaa.....

Terus resend la kat dia semula.
Selalu memang dah selalu sangat dah send kat email sendiri. Kali ni betul-betul email sendiri la.Terbaikkkkk!!!

 
Teruk betul!boleh terlepas hantar kat diri sendiri.




***otak melayang-layang kat kampung.



Saturday, February 25, 2012

Sesungguhnya aku sangat merindui blog ku dan kawan-kawanku

Assalamualaikum...
hari ini mendapat kekuatan untuk menulis blog....
bukan tak mahu menaip
tetapi keadaan kurang mengizinkan...
tak ku salahkan internet kat office ku..
tapi otakku banyak fikirkan tentang hidupku....coding...
dah nama software developer...
sekarangku mahu berjinak-jinak dengan testing...
tak larat rasa nak fikir logik...
sebab aku tak pasti aku ni jenis otak logik ke tak...
dah cuba fikir logik...tengok tengok tertidur....ZZZzzzz...
kekadang coding duk tengok aku Zzzz...

sekarang ni aktivit terbaru adalah....
membuat reben....
bukan reben saja-saja yer...
ni reben untuk kenduri abang ku yang bakal berlangsung bulan5 nanti..
bersiap sedia dari awal...
tak da la pulak terkejut semua benda nak beli kan...
wat sikit-sikit....
sejak terlibat dengan urusan persediaan perkhawinan....
aku merasakan...
wah!!!banyak duit perlu....dari sekecil kecil benda...
OLEH SEBAB ITU....selain persediaan mental fizikal....persediaan kewangan tu amat perlu....

setakat ini sahaja entry dari ku...

 Wasalam.....

Monday, January 30, 2012

Angpau >> Roti >>Slip Gaji

Assalamualaikum...
hari ini hari isnin....
hahaha...jangan silap hari...
tentu ramai opismate datang keje hari ini terutama yang sambut Gong Xi Fa Chai

semangat pergi kerja ni sebab hari ni dapat task baru...
tengah duk explore-explore datang manager kot...nama nya Ho dan Wilson..
yang nama pun sebab member gtau...
dorang kasi Angpau....
dapat la angpau dua keping......

 Merahkan angpau...

saja nak bergambar...nak tengok muka yang berjerawat teruk

merah betul angpau...
tapi duit tak merah pun...kihkih
walaupun sikit...Alhamdulillah...
sebab tak bergaji lagi..hukhuk...

pastu dengan duit angpau tu..
aku dan kawanku Fadilah nama nya...
pergi kedai Roti Delicious...
memang delicious la..
sedap...
nah tengok la betapa tamaknya aku....

blueberry tart tak pernah miss...total rm9.00..

pastu petang tu...
ada la member sama tarikh masuk keje dengan aku hantar email kat aku..
katanya nape kita tak dapat apa yang ditawarkan...?
so tanye HR dia cakap tak cukup hari untuk sebulan...
begitu rupanya...
excited la tengak...first time ni ada slip gaji...
ah....tak kira orang nak cakap apa pun...
saje nak gtau....
saya dah ada slip gaji
Alhamdulillah...

 slip gajiku yang pertama...list sudah beratur

tak sedar diri lagi..tu baru slip gaji...
bukannya gaji...hahaha...sengal betul...


apa2 pun best of luck r to myself

**akak lia(opismate) dapat offer keje kat Hp...sangat sedih....hilang la kawan..apa2 akak...best of luck ye..

Friday, January 6, 2012

Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya...


Assalamualaikum...



rasa rendah diri dan syukur kepada Allah...
kerana tanpaNya...
aku tak kan berada diruangan ini,...

Alhamdulillah...
kerana memudahkan perjalanan hidupku setakat ini..
dengan mendapat kerja....walaupun fresh graduate...
dengan gaji yang diberi memadai...bersederhana...
cukup dengan taraf aku sekarang...
dengan tak ada pengalaman....

Alhamdulillah jua kerana family ku yang banyak menolongku sampai tahap ini..
apa2 pun....kerana keluarga sendiri..
siapa lagi nak tolong kita...
dengan tolong carikan rumah sewa....

Alhamdullillah dapat housemate yang sama umur
walaupun dorang dah bertahun kerja...berdouble gaji...
berpadanan dengan bebanan kerja...
disaat aku sampai rumah 5.40petang...dorang kekadang pukul 11 malam...

Alhamdulillah....semua kerana rahmat dan nikmat mu Yaallah...
ditempat kerja..aku mula2 akan segan dan malu...insyaallah...
aku akan dapat sesuaikan...
bebanan kerja belum lagi..
cuma bos bagi study dulu...
tunggu projek masuk..
waaaaa.......
Alhamdulillah ..masih beri kesihatan yang baik...

Thank You Allah!!!

Saturday, December 17, 2011

Apa cabaran menanti dihadapan ku...

Assalamualaikum..............
tajuk entry ni...
sudah cukup otak ku menderita minggu lepas memikirkan soal semuanye(more on keje)...
semalam dapat tawaran keje yang tempat pergi interview minggu lepas...
hidup ku kembali kucar-kacir....
nak kena cari rumah sewa bagai..
tapi yang penting...
apa cabaran menanti ku nanti...
wah!!!...
menakutkan aje rasa...
tapi sampai bila nak takut<<<
debar la pulak nak terjun alam pekerjaan..
tapi aku merasakan...
berkat doa mak, family dan aku sendiri..insyaallah,....aku akan cuba bertahan....
ni kehendak aku...
mak aku tak pernah menghalang aku dalam apa jua bidang yang aku ceburi...
apa2 pun....fizikal dan mental kena kuat...
merantau tempat orang...............
semoga ada sinar kehidupan kat sana..............

hujan emas negeri orang..
hujan batu negeri sendiri....
nanti anak mak bawak balik emas...
wat balik ke negeri sendiri....



insyaallah dengan bantuan Allah...family aku...
aku akan harungi perjalanan hidup ku ini...amin..