Showing posts with label beringat sebelum kena. Show all posts
Showing posts with label beringat sebelum kena. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Kepala HOtak!!!

Assalamualaikum ..
disebabkan tak ada kerja .. hari ni banyak bersosial mencari info pasal TOPIK HANGAT kat malaysia .. citer-citer pasal politik .. kira trah ni tertinggal banyak pasal politik kat malaysia ni .. tengah-tengah syok terbaca la satu entry ni .. then terbaca la komen blogger memang blogger ni tengah bengang kot .. sejak baca komen tu, trah tergelak je .. nak tau nape? sebab topik tu memang related sampai wat blogger tu bengang .. mungkin orang lain pun bengang jugak tapi tak terkeluar perkataan camtu .. sampai 'kepala hotak bapak kau!' .. kang tak pasal-pasal bapak dia kena .. ish ish .. nak marah kat orang lain .. orang lain lak kena pulak tu .. cakap la 'kepala hotak HANG!!' .. baru betul dan kira adilla ..

 
Trah dah kasi hitam kat nama tuan komen ..  kita respect kebebasan bersuara disitu ..


moral kat sini : tak usahla nak tuding jari kat kepala orang lain terutama kepala bapak .. tak leh tak leh .. kepala hotak hang la .. hehehe ..



***cuak jugak dengan politik organisasi 




Friday, April 27, 2012

Hormat tak bertempat?

Assalamualaikum...
Hari ni hari jumaat.
Hari penghulu segala hari.


Dipagi hari yang dingin dan hot.
Dengan semangat pergi kerja(malam ni balik kampung..mau tak semangat).
Terserempak dengan seorang akak tempat kerja trah ni. Umur akak ini dalam lingkungan 40-an.
Dia hulurkan tangan nak salam. Then trah pun sambut tangan salam dan cium. Siap tunduk dah ni. Boleh pulak dia tarik tangan dia.
Trah hairan sambil bertanya 'Kenapa akak?'. Dijawapnya 'Mentang-mentang aku tua sikit dari ko..ko ingat aku ni mak kau ke?'.
Sentap anak mak kejap dengan bahasa indah akak ni. Trah wat selamba dan cakap-cakap benda lain dengan akak ini. Tapi kat dalam hati trah. Tertiba dihujani dengan persoalan. Soalan yang tiada jawapan.

Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?

Yang trah tau. 'Spoil mood' pagi-pagi ini. Bak kata kawanku.'Mungkin dia tak biasa orang cium tangan dia KOT'.
Andai kata betul!. Kesian dia.
Ok. Alasan diterima. Tapi yang pasti. Hormat ku pada akak ni sudah terbang kemana entah. Tak sempat nak simpan sebab trah akan hormat orang yang tahu hormat orang lain.

Bak kata-kata kat blog ni

Berakit ke hilir, berenang ke hulu,
Hormat orang dulu la, baru orang hormat lu. - http://jiwamonster.blogspot.com/2011/10/gangster-2-kerat.html

'yang tua dihormati dan yang muda dikasihi' - http://ozzy2u.blogspot.com/2011/11/hormat-dan-dihormati.html
Sekian terima kasih.


Best Regards,
Trah.

Thursday, April 26, 2012

Pergi Main Jauh-jauh

Assalamualaikum.
Hari ni pergi keje dengan mood balik kampung. Malam esok balik kampung. Saya sangat teruja untuk balik ke kampung. Ini kerana balik kampung kali ini dengan harapan saya dapat mengasah bakat kreativiti membuat hantaran kahwin abangku. Bajet ada bakat. Hehe..Tak apa. Cuba. Jangan lekas putus asa. Sekali kita set mind kita tak boleh, maknanya kita dah tak boleh. Cuba bagi tahu minda. Yes, I CAN DO IT!!!!

Tulisan kat atas tak ada kaitan dengan tajuk entri.

Bawah ini baru ada kaitan


Sebenarnya......
Ada sesuatu bermain kat minda saya.
Pergi main jauh-jauh.
Saya tak nak!
TAK NAK!!!



Macam mana la cara saya nak hindari sesuatu itu.
Cukup!cukup!
Saya sayang keluarga saya.
Cukup!Enough!


***Biar Allah sahaja membuang sesuatu itu yang dah lama saya lupakan.

Tuesday, April 24, 2012

Apa mahu jadi?


Assalamualaikum
Double entry ye hari ni.
Tak tahu nak bagitahu lawak ke tak. Ni konon dah siapla kerja. Nak send file by email kat my supervisor. Siap karang la ayat dalam BI ni. Saya dah la BI yang agak hancussss(failed), tak apala janji dia faham tapi faham ke..ikut diala janji send file tu. Lepas send email tu..pergi la saya berjoli-joli kejap kat internet(browsing je).

Setengah jam kemudian...

Then cuba tengokla semula email kot dia reply apa-apa nak kena betulkan. Pastu tekan la Send/Receive, woww...ada email!
Excited ni tengok...sekaliiiiii...pasal apa nama saya???
arggghhh!!!tidakkkk!!!

Adus email saya sendiri kat bahagian to....
Apa daaaaaaaaaaaa.....

Terus resend la kat dia semula.
Selalu memang dah selalu sangat dah send kat email sendiri. Kali ni betul-betul email sendiri la.Terbaikkkkk!!!

 
Teruk betul!boleh terlepas hantar kat diri sendiri.




***otak melayang-layang kat kampung.



Tuesday, March 20, 2012

Sweet tengok tapi kesian....


Assalamualaikum...

Gambar ni ku ambil dari Fb...
Yaallah betapa dahsyatnya racun dalam kasut itu..
bisa membuat kucing mati kekejangan..





Semoga perginya dengan aman....wasalam...

Thursday, January 19, 2012

Agenda Terbesar Tahun Ini

Assalamualaikum...
lama betul tak ada entry baru kat blog ni...
hurmm....sebab dah jadi pekerja yang baik....wek!!!
pada hal internet kat opis dah block sebarang yang ada kaitan dengan email...
so boleh fikir kan apa aje yang leh access...
so fokus semase kerja...<
hahahaha...best juga sebab dah jadi cam pekerja yang baik,bagus....wek!!!
ni nak listkan agenda atau event terbesar...
maksud terbesar kat sini...yang memerlukan kos yang sangat tinggi....

antaranya..:

Bulan 5 : Wedding abang ku
Bulan 7&8 : puasa dan raya puasa
Bulan 9 : Berjalan-jalan ke Kota Kinabalu(KK)
Bulan 10 : My convocation kat UUM(Insyaallah)
Bulan 11 : Tunang (Insyaallah)
Bulan 12 : Nikah (Insyaallah)

sape-sape pergi convocation saya..sila bawa bunga ini...
Hahaha...bulan11 dan 12 tu compalsory.....hahaha
tak ada dalam list pun tapi saja nak kasi nampak panjang,....
kalu mak aku baca ini...konfem dia cakap anak dia gatai nak berlaki...nasib baik...

Itula antara event penting...diharap-harap rezki bertambah-tambah...
amin.....

Sunday, December 25, 2011

Kecuaian, kelalaian, kesilapan...

assalamualaikum...

pertama kali melihat kemalangan...
walaupun kemalangan itu tidak melibatkan kematian..
tapi ia beri aku banyak pengajaran....
kerana..kecuaian....kelalaian...
kesilapan yang dilakukan hampir-hampir melibatkan banyak kenderaan...
kecuaiannya bila dia memandu dalam keadaan laju dan memotong...
walaupun mengetahui jalan tersebut tidak lurus dan menyebabkan kereta bergerak perlahan..
dalam dia memandu laju dan memotong beberapa buah kenderaan...
tanpa sedar terdapat sebuah kenderaan di depan sedang memasuki simpang...
dengan tak semena-mena dia mengambil langkah memotong dengan laju ke seberang jalan...
merempuh pondok hentian bas......<<
aku melihat sendiri rempuhan yang kuat tu dengan bumper bahagian depan melambung....
aku termelagu...mengucap panjang...andai kenderaan tu merempuh kami...andai ada orang berada dipondok itu..masyaallah...
aku andaikan jika kita berhati-hati tapi kesilapan datang dari orang lain...
tak mampu kita nak menahan...kerana tu takdirnya....
cuma kita as muslim sebelum naik kenderaan atau melakukan sesuatu bacala doa...
mendoakan untuk kita bersama...
aku selik kan sekali doa naik kenderaan sebagai ingatan untuk kita bersama...



“Segala puji bagi Allah,Maha suci Allah yang menyediakan kenderaan ini untuk kemudahan kita dan kami tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kitalah, kita akan kembali.”

**kita datang dariNya dan kita pulang padaNya...