Showing posts with label Nasihat untuk diri sendiri.... Show all posts
Showing posts with label Nasihat untuk diri sendiri.... Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Untuk yang bernama wanita:Kita jua bertanggungjawab kepada orang lain jua

Assalamualaikum ..
sini trah terasa nak kongsi sesuatu yang patut rasanya trah kongsi .. untuk yang bernama wanita .. kita ni terpikul suatu tanggungjawab untuk orang lain .. bacala ..

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaznak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur". 



BACA lanjut di sini http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/288-aurat-wanita--apa-sudah-jadi-.html

Friday, May 18, 2012

Kepala HOtak!!!

Assalamualaikum ..
disebabkan tak ada kerja .. hari ni banyak bersosial mencari info pasal TOPIK HANGAT kat malaysia .. citer-citer pasal politik .. kira trah ni tertinggal banyak pasal politik kat malaysia ni .. tengah-tengah syok terbaca la satu entry ni .. then terbaca la komen blogger memang blogger ni tengah bengang kot .. sejak baca komen tu, trah tergelak je .. nak tau nape? sebab topik tu memang related sampai wat blogger tu bengang .. mungkin orang lain pun bengang jugak tapi tak terkeluar perkataan camtu .. sampai 'kepala hotak bapak kau!' .. kang tak pasal-pasal bapak dia kena .. ish ish .. nak marah kat orang lain .. orang lain lak kena pulak tu .. cakap la 'kepala hotak HANG!!' .. baru betul dan kira adilla ..

 
Trah dah kasi hitam kat nama tuan komen ..  kita respect kebebasan bersuara disitu ..


moral kat sini : tak usahla nak tuding jari kat kepala orang lain terutama kepala bapak .. tak leh tak leh .. kepala hotak hang la .. hehehe ..



***cuak jugak dengan politik organisasi 




Thursday, May 17, 2012

Cinta yang ber'anak'

Pernah suatu hari dulu .. hati ini terguris .. kerana melepas cintamu sedangkan ku tahu cintamu terlalu mendalam untukku .. tak ada siapa mengetahuinya melainkan aku, kau dan Allah .. bagaimana mungkin aku memilihmu yang ku kenali 3tahun berbanding 25tahun keluargaku mengenaliku .. kita memang ditakdirkan bertemu tapi kita tak ditakdirkan untuk bersama .. sudah ada cinta antara tetapi jodoh antara kita tiada .. begitulah rahsia Allah .. ku tutup segalanya ruang cinta padamu dengan membuka ruang cinta yang lain untuk diriku perhambakan untuk keluargaku dan demi Allah yang sentiasa tidak pernah lekang memberi nikmat dan rahmatNya kepada ku .. kerana ku tahu suatu hari nanti pasti akan jua aku menemui Penciptaku yang penuh dengan cinta abadi .. Wasalam ..

Nukilan,
Hamba Allah.

Monday, May 14, 2012

Rezeki Allah

Assalamualaikum ..
Salam isnin yang dingin dan panas ini .. Hari ini terasa nikmat Allah dengan memberikan trah nyawa untuk bernafas .. Terima kasih Allah kerana sentiasa melimpahkan rahmat dan nikmatnya kepada trah .. Terasa macam terlalu nikmat Allah bagi kat trah ni .. Dengan kerja yang Allah bagi kepada trah, terasa cam ya Allah .. syukur sangat-sangat .. Tapi jangan lalai dan lupa untuk memanjang kan rezeki Allah bagi kerana segala pemberiannya adalah suatu anugerah yang harus dikongsi sebahagiaan nya kepada yang memerlukan .. Insyaallah Allah akan menggandakan pemberiannya kepada kita .. dan rezeki yang tak pernah disangka-sangkan kan ..
Insyaallah ..


***Kepala ting tong, tak cukup tidur .. semalam baru balik sini .. penat dilambung bas .. apa-apapun balik kampung sangat menyeronokkan..



Alangkah nikmat dapat tidur seperti mereka ini .. ZZZzzzzz





Friday, May 11, 2012

Emosikah aku? Bahagiakah mak abahku?

Assalamualaikum.
Persoalan akan ku jawap dengan 'YA' .. Trah emo!!! .. Bukan apa, trah fikir sendiri la takkan la ada sapa-sapa rajin nak tolong fikir .. Bayangkan jela yer .. task yang my supervisor kasi dah hampir 4hari dan trah kalu nak kata dah siap, 2hari dah siap. Tapi buatnya si IETester buat perangai, terus tergendala kerja tarik sampai hari ni hari ke-4 .. Trah punya emo, duk citer la kat akak sorang ni ..dia sangat berpengalaman .. banyak advice trah bab dunia programming ni .. walaupun kekadang trah tak faham dunia testing dia .. Disenangkan citer, trah bagitahu problem trah kat supervisor ni then baru la dia test kat dia punya IETester tak ada pulak problem .. Arrrggghhh!!! nape trah tak bagi tahu awal-awal kat dia kan senang .. boleh dapat task lain pula .. tak suka la duk wat benda sama je dan tak jadi .. emo teruk-teruk sampai fikir nak tukar kerja, tukar bidangla .. teruk-teruk fikir terasa diri tidak diperlukan .. padahal dah terjebak dengan benda ni dah bertahun-tahun .. emosi tak leh nak control .. time tak suka, benci memberontak sampai period pun tak betul .. teruk benor perangai nya .. tapi bila time suka .. task siap .. suka tau .. i love programming .. anak sapa entah ler ..

DAN tak semena-mena decide nak balik kampung .. lantak la .. i miss my mum .. Korang tak rindu mak korang? Alang-alang citer pasal mak ni ..
Pagi-pagi buka tv3, topik pasal menghantar mak ke rumah orang-orang tua .. Sedihnya rasa bila tengok mak dihantar kat tempat-tempat macam tu .. Ya la bayangkanla dari kecil sampai kita berjaya .. pakai kereta besar .. umah besar .. kerja besar-besar.. sapa manusia paling berjasa .. tentu sekali mak kita kan .. dah semua-semua benda dah besarkan .. tak la nak jaga mak kita pun tak boleh .. ish ish .. cam tak patut .. tapi trah tak fikirkan orang lain, tapi trah fikirkan mak abah trah yang uzur ..

bahagiakah mak abah dengan kehidupan mak abah kat kampung sedangkan anak-anak berjauhan? ..
bahagiakan mak abah dengan kasih sayang anak-anak berikan? ..
bahagiakah mak abah dengan huluran duit anak-anak berikan sedangkan banyak mereka hulur dari anak-anak ?..
bahagiakah mak abah disaat sakit, anak-anak bersilih ganti pulang ke kampung untuk menjenguk? ..
bahagiakah mak abah? ..
bahagiakah mak abah? ..

mak .. abah

Trah berdoa semoga mak abah dan kami sekeluarga bahagia .. walaupun bukan kaya dengan wang ringgit tetapi nilai ikatan sebuah kekeluargaan tak pernah putus .. walaupun masing-masing ada dunia masing .. kita adik beradik bersatu dalam doa iaitu mendoakan mak abah sentiasa sihat .. Aminnnn ..



***  i love my mak dan abah .. i know my sibling love them also ..




Thursday, May 10, 2012

Kematian itu pasti

Assalamualaikum.
Kematian itu pasti muncul. Tak kira kecil atau besar. Tak kira jua suasana dan situasi bila. Tak kira berstatus apakah kita, suami, isteri, mak, anak, ayah, datuk, datin, kematian pasti menjemput. Taktala melihat kehidupan manusia-manusia disayangi Allah, terasa cam adakah Allah tak sayangkan trah jua? Adakah Allah memberi ruang dan peluang untuk trah melihat keindahan alam dan menebalkan iman dalam jiwa ini? Sering kali trah lalai, sering jua menyesal perbuatan yang silam, namun doakan trah hanya meminta dikukuhkan iman, dan biarla trah mati dalam iman. Takutnya rasa jika matiku ketika disaatku lalai .. masih ada peluang kedua? Yaallah .. trah cuba menjadikan Allah  dan Nabi Muhammad itu kekasih utama trah... Amin .. Semoga hidayah sentiasa ada dalam jiwaku .. Amin..

***i love Allah and my family


Friday, April 27, 2012

Hormat tak bertempat?

Assalamualaikum...
Hari ni hari jumaat.
Hari penghulu segala hari.


Dipagi hari yang dingin dan hot.
Dengan semangat pergi kerja(malam ni balik kampung..mau tak semangat).
Terserempak dengan seorang akak tempat kerja trah ni. Umur akak ini dalam lingkungan 40-an.
Dia hulurkan tangan nak salam. Then trah pun sambut tangan salam dan cium. Siap tunduk dah ni. Boleh pulak dia tarik tangan dia.
Trah hairan sambil bertanya 'Kenapa akak?'. Dijawapnya 'Mentang-mentang aku tua sikit dari ko..ko ingat aku ni mak kau ke?'.
Sentap anak mak kejap dengan bahasa indah akak ni. Trah wat selamba dan cakap-cakap benda lain dengan akak ini. Tapi kat dalam hati trah. Tertiba dihujani dengan persoalan. Soalan yang tiada jawapan.

Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?

Yang trah tau. 'Spoil mood' pagi-pagi ini. Bak kata kawanku.'Mungkin dia tak biasa orang cium tangan dia KOT'.
Andai kata betul!. Kesian dia.
Ok. Alasan diterima. Tapi yang pasti. Hormat ku pada akak ni sudah terbang kemana entah. Tak sempat nak simpan sebab trah akan hormat orang yang tahu hormat orang lain.

Bak kata-kata kat blog ni

Berakit ke hilir, berenang ke hulu,
Hormat orang dulu la, baru orang hormat lu. - http://jiwamonster.blogspot.com/2011/10/gangster-2-kerat.html

'yang tua dihormati dan yang muda dikasihi' - http://ozzy2u.blogspot.com/2011/11/hormat-dan-dihormati.html
Sekian terima kasih.


Best Regards,
Trah.

Sunday, April 22, 2012

Allah tak bagi apa yang kamu nak?

Assalamualaikum...
Tengok tajuk dah tahu dah nak tulis apa. Mesti tentang harapan, impian, keinginan yang kamu tak tercapaikan. Puas dah berusaha apa tak dapat jugak. Tension la. Tak mahu dah berusaha, dah tahu tak kan dapat dah. Kalau betul dapat, kenapa tak dapat masa duk berusaha tu?
Cuba alihkan sikit pemikiran---->
Puas dah berusaha apa pun tak dapat. Tension la juga tapi tak apa. Bukan rezeki lagi, bukan jodohku lagi. Kena berusaha lagi kuat dan mungkin Allah sedang sediakan sesuatu yang lebih baik. Berusaha dari segi meningkatkan keimanan, banyakkanlah berdoa.

Apa yang penting, kita kena ingat hanya orang-orang yang sabar berhak mendapat nikmat kesabaran tau. So, kalau rasa tak sabar, jangan nak perasan dapat.
Andai dah dapat apa yang diimpian, inginkan pulak jangan la riak, takbur kerana kekadang Allah bagi kerana nak uji umat-umatNya, nanti Allah tarik balik nikmat. Minta dijauhkan

.


***disebalik kejadian itu terselit seribu nikmat dan rahmatMu..Thank you Allah.


Monday, April 16, 2012

Terselit berjuta hikmah disebalik dugaan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik, kerja yang tak berapa yang kerja yang penting gaji masuk cam biasa(ni best part). Apa-apa ada kerja ke tak, ikhlas kan diri.
Alhamdulillah diberi kesihatan yang semakin baik kepada makku. Walaupun tidak dapat bergerak seperti biasa yang membataskan pergerakan. Apa-apa pun, pasti anak-anakmu senang hati melihat perkembangan kesihatan yang baik untuk makku.
Alhamdulillah jua kepada Allah kerana dugaan demi dugaan yang diberi membuatkan aku  betul-betul terasa kehadiranMu disepanjang perjalananku. Apa-apa pun, aku perlu lebih berusaha mencari keredhaanMu. Tak cukup lagi iman ku dan perlu dipertebalkan. Minta didoakan.





**Sabar itu perlu...insyaallah akan merasai nikmat kesabaran itu...sabarlah wahai hatiku..



Monday, April 2, 2012

Alamak...tiket dah beli, cuti lak tak konfem..

Assalamualaikum...
Sejak semalam lagi duk ushar tiket bas sani ekspress secara online..Takut tak dak tiket. Konfuse kejap. Ramai pulak balik kampung tengah-tengah minggu. Tension kejap. Semuanya kejap-kejap datang kat minda ni. Bukan sewel tapi banyak fikir kot.
Konon nak konfemkan cuti dulu. Sekali gedik pergi beli secara online, susah payah dari pagi duk ushar then pukul11.00 pagi semangat bankin online dan dapat la tiket. Dalam pukul1.00 tengahari baru hantar surat apply cuti. Sekali bos cakap 'Ok, i want to review first' ..Hah!!! sudah....patutla bos nak review. Bulan lepas dah unpaid leave dah...aduss..
Masa lunch citer la kat kawan, dorang pun cakap 'dont worry la'...hatiku berkata 'mana tak worry. Tiket dah beli' tapi cuti tak tau konfem ke tak.
Terdetik dalam hati ku. Kalau dapat surat termination pun aku redha aje. Aku anggap bukan rezeki aku kat sini kan. Yang penting aku yakin dengan janji Allah.

 


moral of the story : sila pastikan cuti dapat baru beli tiket ye..;)

Sunday, April 1, 2012

Kata-kata hikmah:Jalan itu yang di lalui

Assalamualaikum...
dalam hidup ini kita hendak memilih jalan yang terbaik.
Kemana hala tuju perjalanan kita.
tersaat kita pernah terfikir 'Ini kah perjalanan hidupku'
kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk menjadi terbaik diantara yang terbaik.
Namun kita jangan pernah lupa bahawa perancang yang terbaik ada Dia(Allah).

Dia Maha segalanya.
Dugaan demi dugaan yang datang untuk mengangkat darjatmu disisiNya.
Kesakitan yang melanda ada untuk menghapuskan dosa-dosa kecilmu.
Sabarla wahai manusia.
Tidakkah kita mahu bergembira disini dan disana?
Bersyukurla.
Senyum dan mengucap Alhamdulillah ketika mendapat musibah.


Allah sentiasa menantikan doa-doa umatNya.

Tuesday, March 20, 2012

Kehidupan..andai itu takdirNya.

Assalamualaikum...

Jangan difikirkan DERITA akan berpanjangan,
kelak akan membawa PUTUS ASA pada Allah,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu, Pasti CERAH kembali.

Ujian adalah...TARBIYAH dari Allah,
Apakah kitakan SABAR, ataupun sebaliknya?


Ayuh kita sama-sama fikirkan......

Secantik dan seindah bunga mekar. Indahkan akhlak mu hati mu demi Allah.


Monday, February 27, 2012

Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup. :)

Assalamualaikum...
sebagai memanjangkan ilmu...
coratan rakan FB Safa Marwah




Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai... Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa.

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam.

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Wallahu a'lam.


***Aku mengalihkan cintaku,sayangku...hanya padaMu Allah...;)

Sunday, November 27, 2011

Hidup kena berpendirian.....

Assalamualaikum.................
hurmm...makin hari makin dekat aku menghampiri tarikh keramat 6hb12 2011...
selepas tarikh tu...selamat la aku menghabiskan 'study' ku dalam teknologi maklumat...........
Alhamdulillah,.........
semakin menghampiri makin keliru aku mencari arah hidup.........
mungkin ini permulaan hidup ku sebagai seseorang yang bukan pelajar....atau ni baru permulaan aku berdepan dengan situasi menyambung 'study' dengan lebih jauh...........
dikala usia ku yang makin bertambah........
nape aku tak mengambil keputusan....
bukan senang keputusan nak dibuat...

kekadang kita dapat kan sesuatu dengan melepaskan sesuatu..........
tapi hakikatnya..hidup kita perlu berpendirian...
tanpa menjadi lalang yang mengikut arah angin bertiup..........
tak mengapa kita menjadi lalang...


tapi kalu itu bukan kemahuan kita mengikut arah angin......
so jangan la menjadi lalang.............


**dalam hati ada taman belajar lagi....ngeh ngeh...