Sunday, April 22, 2012

Allah tak bagi apa yang kamu nak?

Assalamualaikum...
Tengok tajuk dah tahu dah nak tulis apa. Mesti tentang harapan, impian, keinginan yang kamu tak tercapaikan. Puas dah berusaha apa tak dapat jugak. Tension la. Tak mahu dah berusaha, dah tahu tak kan dapat dah. Kalau betul dapat, kenapa tak dapat masa duk berusaha tu?
Cuba alihkan sikit pemikiran---->
Puas dah berusaha apa pun tak dapat. Tension la juga tapi tak apa. Bukan rezeki lagi, bukan jodohku lagi. Kena berusaha lagi kuat dan mungkin Allah sedang sediakan sesuatu yang lebih baik. Berusaha dari segi meningkatkan keimanan, banyakkanlah berdoa.

Apa yang penting, kita kena ingat hanya orang-orang yang sabar berhak mendapat nikmat kesabaran tau. So, kalau rasa tak sabar, jangan nak perasan dapat.
Andai dah dapat apa yang diimpian, inginkan pulak jangan la riak, takbur kerana kekadang Allah bagi kerana nak uji umat-umatNya, nanti Allah tarik balik nikmat. Minta dijauhkan

.


***disebalik kejadian itu terselit seribu nikmat dan rahmatMu..Thank you Allah.


1 comment:

Ini Kisah Tia said...

sentiasalah berfikiran positif :)