Thursday, August 30, 2012

Happy Birthday Bakal Ibu merangkap rakan sekerja ..

Assalamualaikum ..
Selamat Hari Lahir buat rakan sekerja .. walaupun kami sebumbung namun kami bukan satu kumpulan projek .. keakraban kami terjalin dek kerana .. kami antara perempuan melayu yang ada kat bangunan 'End  Lot' .. banyak berkongsi cerita .. dan sempena hari lahirnya yang ke-25 .. kami menyambutnya dengan secara sederhana tambahan pula ini tahun pertama perkenalan kami dan bekerja disitu .. sudah tentu sambutannya sangat berbeza di tempat kerja yang lama .. lupa pula memperkenalkan kawan trah ini iaitu Fadilah ..

SELAMAT HARI LAHIR MU YANG KE-25

Semoga panjang umur, murah rezeki, dan mendapat baby yang comel .. ;)

Ini kek nya .. sedap??rasa trah buat lagi sedap .. hehehe


Antuan badan yang comel .. kiut ..



***Birthday siapakah selepas ini? .. sama-sama nantikan ...






Wednesday, August 29, 2012

Persediaan ..

Assalamualaikum ..
Sungguh cepat waktu berlari-lari .. tak mampu trah mengejarnya .. serasa baru awal ramadhan sekarang sudah syawal .. seakan syawal jua berlari anak-anak .. waktu menganjak pergi .. wah sungguh indah perancangan Allah .. disaat trah merasakan lambatnya masa itu .. rupanya perasaan sendiri .. sudah akhir bulan Ogos .. trah ada lagi dua event besar nak kena hadapi .. tetapi event yang terdekat ini .. pergi ke Kota Kinabalu semacam di'cancel'kan .. atas sebab munasabah .. tetapi tetap dalam perancangan .. cuma pendetailannya tak berapa nak ada .. event yang betul-betul besar adalah event yang menandakan trah sudah tamat belajar sebagai seorang pelajar UUM .. majlis konvokesyen yang bakal diadakan pada 6hb hingga 10hb Oktober 2012 .. tapi tarikh trah melangkah naik ke pentas masih dalam simpanan pihak UUM .. ada bermasalah untuk membuat perancangan ke sana sebabkan tarikh tak fix lagi .. jadi untuk berkira-kira dengan pihak tuan homestay agak bermasalah .. serasanya masalah itu tak perlu difikirkan lagi sebab masalah paling besar adalah duit duit duit duit .. persediaan itu paling penting .. nak kena buat senarai sebab selain homestay adalah perlu menyemak semula tentang bayaran .. kasut .. baju .. tudung .. tentunya trah mahu semua baru sebab pertama kali menyarung jubah .. insyaallah .. trah akan membuat persediaan itu .. dari sekarang .. sebab persediaan disaat akhir akan membuatkan trah dalam keadaan tergesa-gesa dan hasilnya mesti tak berapa nak best ..


Untuk detail lagi .. klik gambar ..



***Semoga perjalanan majlis graduasi UUM kali ke-25 ini akan berjalan lancar .. 
amin ..







Tuesday, August 28, 2012

Rindu ..

Assalamualaikum ..

Apakah itu rindu?? ..
Tercari-cari siapa kah yang ku rindu ..
Rindu pada siapa?? ..
takku ketahui rindu ini dituju kepada siapa ..
Rindu .. oh rindu ..
Rindu pada mak .. tentu sekali ..
Rindu pada kekasih .. tapi siapakah kekasihku? ..
Rindu pada Allah .. semoga daku terus bersujud padaNya ..
Rindu pada kedamaian .. dimanakah kedamaian itu?? ..
Rindu pada siapa? siapa ? siapa pemilik rindu itu ..
Tercari-cari ..




Akhirnya .. semoga esok kita mampu bangun berbicara lagi ..

SELAMAT MALAM dunia ..




Monday, August 27, 2012

Sudah mahu pulang..

Assalamualaikum..
Hari ini 27hb .. orang lain tentu sudah mula bekerja hari ini .. trah sambung cuti sampai hari ini .. maknanya esok selase baru trah mula kerja .. liat sungguh nak balik .. trah cakap dengan mak .. 'mak boleh tak nak angkat barang kat sana balik sini?' .. mak pun jawap .. 'ingat rezeki .. duit ..' .. terus pudar keinginan ..
Kepada yang bekerja hari ini .. selamat kembali bekerja ..



***Siapa yang sudi menjemputku di Hentian Putra nanti atau balik sendiri ..






Sunday, August 26, 2012

Selamat Pengantin Baru Buat SahabatKu

Assalamualaikum ..

Salam Syawal ..
Salam tahniah buat sahabatku Niziriati dan Sohaib ..
Indah sungguh cara perkenalan kamu berdua ..
Trah menumpang bahagia diatas perkahwinan kamu berdua ..
Tertulis indah jodoh kamu berdua ..
Sehingga trah terasa sedih kerana sahabatku Nizi sudah berumah tangga ..
Sekejap sahaja perkenalan kamu berdua terus dibawa ke alam bahagia ..
Apa-apa pun .. tahniah buat kamu berdua ..

Adikku .. Nizi .. Sohaib .. trah


Berdebar duduk kat pelamin ..


Selamat Menjadi Suami Isteri 



***Semoga sahabatku berbahagia dunia dan akhirat ..
trah sedih dan terharu kerana kawan trah sudah selamat menjadi isteri orang ..








Seminggu sudah..

Assalamualaikum ..
Tak sangka dah seminggu berlalu .. tiada entry baru .. rasa macam bersawang .. nak kena bercuci balik .. almaklum .. raya setahun sekali memang pulun terus .. jarang-jarang dapat menembusi internet .. bukan talian internet tiada tapi tak ada idea dan semangat nak update entry baru .. penat penat penat .. itu sahaja jawapan .. memang penuh aktiviti .. tidur cukup tapi tak boleh lebih-lebih sebab malam sahaja boleh tidur .. sekarang mood sudah datang .. idea mencurah-curah .. kekadang trah merasakan idea ini datang dalam keadaan kita relax .. tanpa gangguan ..
Trah terasa teramat ralat dan mohon ribuan kemaafan sebab tak dapat nak menghadirkan diri jemputan perkahwinan kawan-kawan trah .. bukan trah tak nak pergi .. tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan .. paling utama sebabnya adalah .. trah tak dapat nak tinggalkan rumah sementara ada orang datang berkunjung kat rumah kerana trah mahu mengurangkan pergerakan mak trah ulang alik ke dapur .. mak trah cepat penat .. tak larat .. jadi trah rasa peranan trah berada kat rumah lebih penting .. tak dapat dinafikan .. kawan-kawan jua penting .. tapi dalam keadaan ini, kita perlu memilih yang mana lebih penting daripada yang penting .. diharap mereka mengerti .. dan suatu hari pasti mereka mengerti ..
Cukup setakat ini .. pasti entry baru akan menyusul .. pasti jika diizinkan Allah ..


Selamat Hari Raya Maaf Zahir n Batin ..



Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya!!!

Assalamualaikum ..
Salam Syawal buat semua umat islam di seluruh dunia .. semoga kedatangan syawal memberi seribu nikmat dan rahmat daripada Allah .. trah disini memohon kemaafan kepada semua jika selama trah menulis blog ini menguris perasaan semua .. Salam Aidilfitri ..



***Agak-agak dapat duit raya tak korang semua??


Friday, August 17, 2012

Menjadi 'second' driver

Assalamualaikum ..
Agak-agak kalau tajuk macam tu .. apa yang nak diterangkan dalam ayat seterusnya .. ini sememangnya terjadi kepada trah malam semalam .. pendek kata dari pukul8.00malam sehingga 3.30pagi tadi .. memang tak tidur .. bersengkang mata .. jadi 'second' driver kereta Myvi kot .. bukan 'second' pilot kapal terbang .. ini al kisah balik kampung .. mood raya .. balik dengan kereta kakak ipar .. kami berdua semua tersangat cekap dalam pemanduan .. trah masalah nak pandu kereta auto + tak cekap jalan kat KL - Kelantan .. kakak ipar masalah pandu waktu malam .. jadi kesimpulan .. cik suami kakak ipar merangkap abangku datang ambil .. suka suka .. jalan pun ok sahaja .. tapi sememangnya banyak kereta .. normal sebab raya .. raya puasa .. sekali setahun .. bila masuk saja Bentong .. macam 'happening' je .. bercahaya-cahaya merah dihadapan .. kereta tersangat banyak tapi pergerakan masih bergerak laju .. trah memang duk kat belakang .. kebetulan kakak ipar jatuh kan tempat duduk dia jadi trah dengan secara langsung dapat lihat pergerakan kereta .. abang trah ni .. masyaallah bawa dengan kelajuan yang agak tak leh diterima akalku .. dengan memintas beberapa biji kereta sehingga kereta dari arah bertentangan menaikkan lampu kereta .. bila terjadi camtu bagaikan jantung ku diragut-ragut dan merasakan nyawaku dihujung pangkal .. paling best adalah kakiku serta merta turut menekan break .. apa ke jadahnya seat belakang ada break .. sangat menakutkan dan sesampai saja di kampung .. kakiku sengal-sengal .. adus .. bukan sekali duk break .. berkali-kali duk break .. macam trah yang pandu kereta .. Alhamdulillah semua selamat sampai ..

Dengan kesimpulannya, walaupun kereta sangat banyak tapi mampu sampai dalam jangka masa itu .. kepada pemilik bas yang kekurangan pemandu .. jangan lupa menempah abangku .. sebarang pertanyaan .. jangan lupa letakkan comment dibawah .. sekian terima kasih ..


***Serik!!!

Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Ex-Universiti Utara Malaysia, Damansara

Assalamualaikum ..

Bulan ini pertama kali sertai segmen setelah di tagged oleh kawan masa degree dulu(tahun lepas habis) .. Oleh kerana segmen ini mudah dan menarik perhatian .. jadi trah dengan rasa berbesar hati sertai segmen ini .. mana tahu dengan sertai segmen ini ada orang sudi membaca blog peribadi ku ini yang dah jadi tak berapa peribadi .. kepada siapa-siapa nak sertai .. klik banner dibawah kerana ia akan terus ke blog tuan empunya segmen ini .. klik jangan tak klik ..



Selamat bersegmen .. 




Tuesday, August 14, 2012

Sudah Tunaikan Tanggungjawab??

Assalamualaikum ..
Ada beberapa hari sahaja lagi kita bakal meninggal bulan mulia bulan yang penuh barakah ini .. agak-agak saham iman makin meningkat ke tak berbanding tahun-tahun sudah? .. harap-harap meningkat .. sudah membayar zakat fitrah? .. selesaikan dulu benda yang wajib baru la fikir tentang baju raya, kuih raya, dan seangkatan dengannya .. dekat sini trah nak share satu kemudahan yang disediakan bagi mereka yang tak berkesempatan membayar zakat tanpa pergi ke kaunter-kaunter yang disediakan .. semuanya memudahkan umat islam menjalankan ibadah mereka tanpa perlu menyusahkan mereka .. semua nya ada dihujung jari .. ini diperakui sendiri oleh Jabatan agama negeri yang terlibat .. nak tahu lebih lanjut?? .. klik sini .. ini adalah sebahagian projek Celcom sebagai tanggungjawab kepada masyarakat selain kemudahan perkhidmatan komunikasi ..

Klik pada gambar untuk pembesaran ..



***Trah pun guna cara ini .. insyaallah diyakini .. dan diperakui ..




Sunday, August 12, 2012

Bila jurang terlalu berbeza

Assalamualaikum ..
Sejak akhir-akhir ini banyak kali mendapat teguran .. terutama dari si dia dan dia.. trah akui memang trah tak pandai walaupun dia dan trah degree holder .. terasa cam jauh sangat perbezaan antara kami .. cara cakap pun lain .. ok trah akui trah masih belum terdedah dengan dunia pekerjaan .. trah baru terjun dari dunia belajar ke dunia pekerjaan yang betul-betul mencabar .. tetapi trah memang betul-betul berserah kepada Allah .. dan trah memang terasa Allah banyak tolong trah .. kalau tak .. tak mungkin trah  berada di tahap ini .. tahap ini bagi trah sudah melebihi kemampuan akal dan minda trah ..tetapi tahap ini pada orang lain hanya permulaan .. tahap orang lain sudah terlalu jauh dari trah .. kalau diletakkan range nombor satu hingga sepuluh .. orang lain sudah tahap enam .. trah baru ditahap satu ..
perbezaan paling ketara adalah :
1. cara cakap ..
2. cara berpakaian ..
3. kemampuan dari segi kewangan ..
4. cara sosial ..
5. cara pemikiran ..

Mungkin sebab mereka sudah lama dan terbiasa dengan cara mereka .. tolong jangan pandang rendah pada orang lain .. sebab tak semestinya apa yang kita ada, ada pada orang lain .. jangan lupa pada ketentuan Allah .. sudah tentu kita tak sempurna .. pasti terdapat kekurangan dan kelebihan masing-masing .. dan bila kita berada diatas .. sesekali pandang kebawah kerana mungkin kita dulu pernah berada dibawah dan mungkin akan tiba waktu kita berada dibawah ..


Walapun kita berada dibawah tak semestinya kita tak bahagia .. kerana kita pasti bahagia dengan cara kita tersendiri .. dan bila kita berada diatas .. jangan lupa .. ia pasti akan berpusing mengikut irama kehidupan masing-masing .. oleh itu, 
kejarla kehidupan masing-masing dengan 
cara masing-masing mengikut acuan sendiri 
dan 
mengikut peredaran masa ..




***semoga daku tak pernah lupa pada janji-janji mu Yaallah ..






Saturday, August 11, 2012

Oh mak ku .. dugaan demi dugaan ..

Assalamualaikum ..

Hari ini jejari sudah mendapat satu kekuatan menitipkan sebuah lagi coretan kisah seorang makku .. seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya .. selama ini dia lah menjadi nadi keluarga kami walaupun kami mempunyai seorang abah .. bekerja sebagai jururawat dan mempunyai anak seramai enam orang  .. tetapi dijaganya macam ada tujuh orang anak termasuk abah .. jerihnya sebuah kehidupan .. dikala umur mencapai 35tahun .. mak mendapat penyakit kencing manis .. dan pernah mendapat rawatan penyakit TIBI .. kuatnya mak melalui kehidupan ini dengan dugaan mu Yaallah .. sehingga mak meningkat umur 55tahun .. mak melakukan pembedahan dibahagian pankreas .. harus dibuang .. bermula hidupnya tanpa pankreas .. dilaluinya kehidupan dengan kepenatan, keletihan, kelesuan .. sehingga balik sahaja dari kerja pukul5 petang .. bersiap makan.minum, mandi, solat .. berehat la mak sehingga maghrib .. sesudah maghrib .. berehat lagi .. masuk isyak .. dikerjakan solatnya .. kekadang ada terbabas solat .. begitu la rutin makku .. gurau senda hanya dimeja makan .. segalanya berubah setelah melalui fasa-fasa kehidupannya .. masihku ingat .. setiap kali pulang dari kampus .. pasti disambutnya daku .. pasti .. setiap kali pulang ke kampus .. pasti dibekalkannya makanan .. bermakna tak perlu lagi daku membelinya makanan .. makanan bermaksud nasi+lauk pauk .. daku terlalu rindu saat indah itu .. saat-saat indah ini berlalu setelah mak membuang pankreas .. sedih bila mengingati .. sedih bukan kerana tiada bekalan .. TETAPI sedih tentang makku yang semakin kurang sihat .. detik sedih datang dari dalam kehidupan mak bila terpaksa dibuangnya sebesar sekeping daging burger dibawah lututnya .. mak sudah terlalu lama menghidap penyakit kencing manis dan menjadi kerisauan untuknya samaada boleh pulih sepenuhnya ke tidak .. sudah tentu sesiapa yang melihatnya pasti mengucap panjang .. daku sendiri tak mampu melihat terutama waktu nurse membuat 'dressing' .. daku lihat kali ini motivasi mak down sampai lantai .. sebelum ini pun bukan tak ada luka-luka pada kakinya tetapi kali ini terlalu berat sebab pembedahan membuang sekeping daging tu menampakkan otot .. begitu putih otot kita sebenarnya dan bertambah-tambah aksesori pada kaki mak .. namun mak cekal dengan ujian Allah untuknya .. sebelum ini mak banyak kali memberitahu tentang buah pinggang .. selalu disebutnya sejak beberapa tahun lepas .. setelah pulih dari luka  yang teruk itu .. hampir pulih sepenuhnya .. Alhamdulillah .. datang lagi ujian dalam hidup mak .. awal tahun ini disahkan mendapat penyakit buah pinggang tetapi masih ditahap pertama .. berhubung dengan mak pagi semalam .. mak memberitahu .. buah pinggang mak sudah bertambah rosak .. sudah tahap ketiga .. daku terkedu, terdiam sepanjang mak bercerita .. membiarkan dia bercerita tentang sakitnya .. tiada nada sedih pada suaranya namun daku tahu .. hatinya menangis .. itu pasti .. daku sangat pasti .. sebab daku sendiri menangis .. kata mak ku 'beberapa hari lepas mak lepas perasaan dengan menangis sehingga nini(adik lakiku) bertanya-tanya kenapa mak, kenapa mak menangis' dan katanya yang paling buat trah sedih sangat 'kematian makin dekat dengan mak'.. setelah mak habis bercerita .. daku berkata pada mak 'mak .. kematian tu pasti mak untuk semua orang .. tak kira la dan tak perlu tunggu sakit .. ajal ni kalu Allah kata mati accident, mati jua mak .. tak perlu tunggu sakit .. anggapla dugaan hak Allah bagi ni .. sebagai menghapuskan dosa-dosa kecil mak' .. setelah itu daku tukar topik perbualan .. kerana daku sendiri TAKUT .. sangat takut ..




***Doakan mak trah sihat .. itu sahaja .. TITIK .




Wednesday, August 8, 2012

Untuk Mu .. Mak , Allah

Assalamualaikum ..

Jejari menari-nari diatas keyboard kerana ia mahu mencorakkan sesuatu dari sebuah hati seorang anak dan seorang hamba Allah ..

Trah sangat mengharapkan mak trah

  • sentiasa sihat .. 
  • sentiasa dapat melakukan ibadah .. 
  • sentiasa dapat berhubung dengan kami walaupun berjauhan .. 
  • sentiasa dapat mendengar suara mu yang sihat .. 
  • sentiasa dapat mendengar kata-kata semangat dari mu mak .. 
  • sentiasa dapat menyambut kepulangan kami dari perantauan ..


dan trah sangat harap mak trah

  • dapat melihat anak mak bergraduasi ..
  • dapat melihat kebahagiaan anak mak (kahwin) ..
  • dapat merasai nikmat rezeki yang anak mak dapat ..
  • dapat merasai nikmat ke Tanah Suci ..
  • ....
  • .....
  • ......
  • .......
  • ........


Terlalu banyak pengharapan trah kepada mak .. semoga mak sihat-sihat sentiasa .. diberi kesihatan yang baik .. tu sahaja harapan anak-anak mak .. kerana mak segalanya .. terima kasih Allah kerana memberi nikmat kepada kami adik beradik merasai nikmat kasih sayang tak berbelah bagi seorang ibu .. terima kasih Allah  kerana banyak memberi nikmat rezeki kepada ibuku sehingga ibuku mampu membesarkan anak-anak sehingga dewasa ini .. terima kasih Allah kerana nikmat Kau beri mampu membuat ibuku kuat sehingga hari ini ..



~~THANK YOU ALLAH~~





Edisi Khas : Wahai adikku sayang

Assalamualaikum ..
Entry kali ini adalah edisi istimewa sikit .. adikku sendiri request untuk trah bercerita tentang dirinya .. trah tertanya-tanya .. nak dicerita pasal apa? .. katanya apa-apa yang kak irah nak cerita .. siap sent gambar suruh masukkan kat sini .. sekali tengok cam nak iklan tudung .. entah ler .. layan sahaja la .. dia satu-satunya adik perempuan trah yang disayang ..

Nama Manja : Ain
Umur : 20 tahun
Anak  : Bongsu (manja bebenor..)
Status pekerjaan : Baru masuk KKM(nursing) dekat Johor Bahru - Padan muka!!! .. berangan nak study jauh sekali hambik kau .. JB .. nak balik selalu seminggu sekali dalam mimpi je la cik adikku sayang .. hari tu belajar kat KKTM Pasir Mas bersyukur la adikku sayang .. Ingat la adikku sayang dirimu sangat bertuah kerana kau punya akak seperti ku (edisi promote diri sendiri) dan mak yang sangat menyayangi mu ..
Status : Single tetapi trah tak pasti tentang perasaan dia ..
Kesihatan : Banyak penyakit tapi secara luaran orang akan nampak sihat ..
Berat : sekarang 60kg++ dulu 80kg++ .. trah pernah tertewas dengan kegemukan dia .. sekarang dia kurus .. trah sangat jeles ..


^
Iklan tudung 2 tone .. sesiapa berminat boleh hantar message kat sini yer ..


Suka-suki dia saja nak snap .. hiush ..


Yela .. tahu la kamu tu sweet .. akak(trah) terpaksa upload atas permintaan adikku ini ..


Aksi ni tak berapa nak diterima tapi atas permintaan .. 
tak senonoh betul budak-budak sekarang ..



***pesananku untuk mu adik :
i miss u adik .. 
belajar rerajin kerana dirimu begitu berharga .. 
tak ramai bertuah seperti mu ..
kerana kau punya family kita ..
selalu doakan kesihatan mak ..
kau pewaris kerja mak ..








Friday, August 3, 2012

Ho!!Ho!!Balik Kampung...

Assalamualaikum ..

Keputusan di saat akhir .. yeay yeay balik kampung .. jangan siapa-siapa cemburui saya .. walaupun raya sudah mahu dekat .. tetap jua ku ingin pulang .. tak kira la .. balik pun sebab tiga hari cuti .. jenuh duk kat rumah sewa .. biasa cuti weekend sahaja .. ini ditambah pula cuti pada hari isnin sempena nuzul Al-Quran .. apa lagi .. zzzass .. balik kampung .. terdapat pilihan lain selain balik kampung iaitu pergi Kluang tapi memandangkan tiket balik kampung masih available bermakna priority balik kampung dulu .. terexcited nak buat entry ini tapi tiket tak beli lagi .. sat sat lagi trah beli ye .. beli by online sahaja .. senang .. tak perlu pergi ke kaunter .. semua dihujung jari cantik ku .. bila teknologi menguasai hidup kita .. semua terpulang kepada kita untuk menggunakannya .. tepuk dada tanya hati ..




***Sedang jari menari-nari di atas keyboard .. 
merdu mendengar azan subuh .. 
ayuh subuh semua ..



Thursday, August 2, 2012

I'm In Love

Assalamualaikum ..
Minggu ini .. perasaan trah berkecamuk .. membuatkan jejari tak mampu menari-nari diatas keyboard sambil otak sudah kurang serasi dengan jejari cantikku .. terasa duka sesangat apabila yang dinanti beberapa tahun ini sudah pun milik insan lain .. dengan zuriat mereka .. pada masa yang sama trah berbangga kerana mereka bahagia bersama keluarga mereka .. pada masa yang sama jua .. ada seseorang mengetuk pintu hati .. first time jumpa .. jujur trah cakap .. rasa cam heaven sekejap .. masing-masing tak banyak cakap .. mungkin waktu tu masing-masing hati berkata-kata .. semuanya mungkin .. huish .. cepat-cepat buang perasaan .. tapi dengan muka tak malu trah bagi tahu dia .. u look so sweet .. pastu dia senyum .. alamak .. senyum tu dibawa sampai teringat-ingat .. bila sudah balik rumah .. bercakap dalam tepon .. baru dapat luahkan perasaan masing-masing .. rupanya dia pun sama .. mencari pasangan bukan untuk 'couple' tapi sebuah kehidupan .. masyaallah .. adakah aku? .. sebegini cepat daku .. oh serasa baru semalam bersedih kerana orang lain .. hari ini terus buka hati untuk orang lain .. bukan apa .. sukar .. payah .. untuk membuang perasaan lama .. semoga kehadiran yang baru ini akan membuat trah lupa yang lama .. yang sudah bahagia .. sudah tentu kita mahukan kebahagiaan jua kan kan kan .. sejujurnya .. trah sunyi .. since dia muncul .. membuatkan trah .. rasa diperlukan olehnya .. walaupun dia sibuk tapi tak pernah tak dia tak call trah .. dalam satu hari tak pernah miss MMS muka dia yang sweet .. terfikir juga .. adakah Allah bagi peluang untuk aku jatuh cinta lagi? .. semoga ramadhan kali membawa satu rahmat dan nikmat untuk ku dan dirinya ..  jika ada jodoh yang panjang .. insyaallah .. semua terjadi dengan keizinan Allah .. sehebat mana perancangan kita .. hebat lagi perancangan Allah ..





***Kali ini duk diam-diam sudah .. 
jangan nak kepoh bagi tahu mak awal-awal.. 
kang kena 'fire' kat mak lagi .. hehehe