Monday, October 21, 2013

Milik siapakah ia?

Assalamualaikum ..
Telah ku temui ini namun tiada siapa yang menuntut dengan ku .. dan akhirnya daku terpaksa menjualnya dan memasukkan ia kedalam tabung masjid .. sudah 3minggu iklan dan tiada tuan yang menuntut .. berat sungguh amanah ini .. kerana ia bukan milik ku .. Allah menguji aku dengan cara begini .. ikhlaskah aku? amanahkah aku? .. insyaallah .. demi Allah .. ku pulangkan yang bukan milikku walaupun bukan pada tuannya .. kerana aku bukan pemiliknya .. aku memohon kepada tuannya menghalalkan tindakanku kerana aku tak sanggup menerima amanah yang bukan milikku ..

Mungkin tuannya terlepas pandang ..ia bukan rezeki mu .. 
sabarla wahai tuan punya ..



Saturday, October 19, 2013

Perjalanan Machang Ke Sintok

Assalamualaikum ..
Since balik raya aidiladha dengan kereta, jadi kembali kehidupan biasa trah ni pun dengan kereta jugak .. perjalanan yang agak jauh .. penat .. sangat memenatkan sebab bawak kereta .. sebelah paha ni lenguh sebab duk tekan minyak .. oh .. kereta manual bukan auto .. tapi tersangat best sebab kereta manual ni banyak beri kelebihan terutama kawasan berbukit .. tambah-tambah trah kena redah bukit Grik .. adventure sangat adventure la .. trah gerak pukul9.50pagi dari Machang bersama kawan trah .. kawan trah sama belajar di UUM .. dia orang Bachok .. mak ayah dia hantar dia kat umah trah .. bermula perjalanan kami .. singgah sekejap kat Bukit Bunga .. disitu banyak jual barang-barang macam anak patung.. murah-murah kat situ .. pastu berhenti di stesen minyak Petronas Jeli .. isi minyak rm15(bajet penuh) sekali tak penuh ..satu bar lagi .. hahaha .. beli nescafe kasi stay cerah mata .. kami mulakan perjalanan mendaki bukit ke r&r  Banjaran Titiwangsa .. dan menuruni kawasan berbukit jalan mula jem(tertanya-tanya puncanya dimana) .. dalam 15minit follow kereta yang panjang .. dan bila tiba di kawasan memotong baru kami dapat tahu apa punca dia iaitu lori balak .. sepanjang dibukit kami menemui enam buah lori .. kami berhenti makan di masjid dalam pukul2.00petang .. time ni kami dah nak masuk Gurun dalam 15minit kedepan .. berhenti lagi kat r&r Gurun beli nescafe lagi .. sebenarnya teringin ais je .. target untuk sampai Gurun - Changlun untuk sampai dalam masa kurang dari sejam .. dan target menepati kerana hanya ambil masa 20minit sahaja berbanding sewaktu kami balik ambil masa sejam ke Changlun - Gurun .. mungkin masa balik hari tu faktor cuaca perlu diambil kira .. dan Alhamdulillah .. kami selamat sampai kat umah sewa kawan trah pukul4.30petang ..

Dan total kilometer perjalanan trah adalah:


350.6 KM


Friday, October 18, 2013

Selamat Pengantin Baru Wani dan Suami

Assalamualaikum ..
Hari Khamis 17hb10 berlangsungnya majlis perkahwinan Wani dan suami yang merangkap kawan sama belajar dan dibawah projek yang sama kat UUM .. majlis mereka meriah walaupun trah sampai agak lewat dalam pukul3.30petang .. pihak lelaki datang dalam sekitar pukul2.00petang .. terjumpa Hasanah dan cheq Um .. siap cheq Um bagi kad jemput kawin dia .. tapi trah memang tak sempat pergi sebab time tu trah dah ada kat UUM ..
trah ke majlisnya dengan mak trah .. heret mak pergi sama sebab .. banyak sebab .. 1. trah tak tahu jalan pasir hor .. 2. tak ada sapa kat umah , jadi sekurang-kurang mak tak la boring sangat .. 3. ada teman trah kat majlis, tak ada la sorang-sorang ..
banyak makanan yang disediakan termasuk bubur kacang(walaupun trah tak dan makan), ada ice cream .. pastu dapat door gift .. dalam tu ada coklat dan rantai tasbih ..
Apa-apa trah mendoakan kebahagiaan mereka until Jannah ..
Meh tengok gambar trah n dorang .. dua keping je sempat sebab dorang sibuk nak photoshot ..

Versi trah berdiri ..

Versi trah duduk ..



Dorang punya pelamin sangat sweet .. oren + putih ..