Wednesday, September 26, 2012

Bila project kena 'reschedule' ..

Assalamualaikum ..
Hai .. nampaknya ada yang kerja lebih masa .. kerja time hujung minggu .. kerja kerja kerja .. dah namanya mencari rezeki .. kerja trah ini, mak trah pun tak faham .. lawak sungguh .. banyak kali duk tanya .. trah siap bagi contoh lagi .. sekali tak faham juga .. tak apala mak .. anak mak ini cara kerja yang halal .. walaupun gaji tak besar .. insyaallah trah mampu bagi mak duit poket tiap-tiap bulan .. mak tak pernah minta .. tapi anak mak ini nak mak rasa hasil kerja anak mak ini .. berbalik pasal kerja trah kena buat ini .. trah terlibat dalam 'development' untuk plus dan menggunakan cakephp framework .. ingatkan senangla macam bakar cake .. sekali .. adus .. ini bukan buat cake dah .. macam-macam dah ceradak yang ada .. tapi sabar dan tekun untuk fahamkan cakephp .. sekali .. tengok-tengok .. nak kena siapkan bulan11 bagi keseluruhan projek ini .. dan timing semua dah tukar .. trah dah kena stopkan buat development sebab nak support buat screen design .. tak sangka pula .. belajar kat U dulu lain .. eh silap .. benda lain buat benda lain .. sekali bila dah kerja ini atau  dengan kata lain nak implement semua kita belajar kat U sangat berbeda sekali .. dan seminggu ini lewat trah balik rumah .. selalu tak sabar-sabar nak tunggu detik 5.30 petang .. sekarang ini macam scary nak tunggu dekat 5.30petang .. terpaksa la balik lewat sikit dalam pukul6.30petang .. dan the best part adalah time sibuk ini terpaksa cuti untuk exam spa dan untuk konvokesyen .. harap-harap bila dah siap projek ini boleh trah cuti dengan aman .. seperti yang terjadi beberapa bulan sebelum ini .. ngeh ngeh ..




***Balik kampung lagi la saya minggu ni 
.. rasa cam dah banyak kasi duit kat pengankutan bas ini .. 
untungla mereka sebab ada trah selalu balik kampung .. kihkih..


Tuesday, September 25, 2012

Ayuh Bekerja!!!

Assalamualaikum ..
Hari ini semangat nak pergi kerja .. semalam balik lewat sebab kerja tak siap lagi .. semalam jua .. Alhamdulillah code yang trah buat menjadi .. tu pun dengan atas nasihat kawan dalam team .. gembira rasa .. tapi pada masa yang sama tak boleh gembira sangat takut nanti makin banyak error dan bug nya .. oleh itu, ayuh!!!bekerja lebih kuat dan fahamkan code .. yeahhhh!!!!!





***Tak sabar balik kampung lagi .. weeeeee

rindu sama dia ..

Sunday, September 23, 2012

Kagumnya ..

Assalamualaikum ..
Masyaallah .. subhanaallah .. indahnya ciptaan Allah .. tak pernah terjangkau pemikiran trah yang cetek ini .. trah rasa kagum, hormat kepada insan ciptaan Allah ini .. insan ini menceritakan pengalaman hidupnya .. walaupun sedikit cuma tapi .. rasa kagum trah padanya sehingga trah meremang bulu roma ketika dia menceritakan perjalanan hidup dia .. kerana percaya kawan, dia mengambil keputusan menyambung PHD ..
dari sebuah persahabatan yang indah .. sehingga tiada apa yang memisahkan mereka .. akhirnya musnah dek kerana sebuah pertunangan yang membawa kepada hala tuju kehidupan masing-masing .. musnah sebuah kata-kata janji untuk mencapai impiannya mendapat PHD begitu jua dengan PHDnya .. setelah itu, tiada la wujud kepercayaan terhadap sebuah persahabatan .. di kala ini .. dia diuji Allah yang memerlukan jawapan kepada kehidupannya .. iaitu .. menyambungkan PHD yang dipertengahan atau menerima tawaran sebagai pensyarah di Politeknik .. keluarga menyuruhnya menerima tawaran sebagai pensyarah tetapi impiannya untuk mendapatkan PHD sehingga dia dipulaukan keluarga iaitu ayahnya sendiri .. dia berada dipersimpangan dilema .. namun dari penceritaannya .. trah yakin .. semangatnya berapi-api sampaikan trah yang berada jauh sini .. terasa kehangatan semangat itu walaupun dia hanya bercerita dengan jejarinya di FB .. meremang bulu roma trah .. trah rasa itu adalah salah satu dugaan dan cabaran dia harus harungi untuk menggapai impian dia .. memakai topi bulat itu .. trah tahu bukan senang .. tapi trah yakin .. setahun dua nanti .. pasti dia akan ber'title' Doktor dan memakai topi bulat itu ..

Trah memetik kata-katanya yang didengarnya semasa konvokesyen khas iaitu ucapan Tan Sri Mustafa Kamal


'Do what you want to do 
but
not what you have to do'



Sedangkan supervisornya yang bergelar Dr sendiri pun berkata  kepadanya.. 
'Yaallah banyaknya dugaan awak' ..
Trah pasti .. kejayaannya menjadi lebih manis dan terlalu indah .. 
Insyaallah trah mendoakan dia berjaya .. amin ..









Saturday, September 22, 2012

Idea : Barangan Hantaran

Kita biarkan gambar berkata-kata ..
Sangat nice ..
Boleh difikirkan ..
Agak-agak yang ini pasti menjadi tumpuan dan tak kan dilupakan oleh sesiapa ..




***Hehehe .. konfem ramai berebut nak pegang yang ini sebab glamor ..




Akhirnya..

Assalamualaikum ..
Wah .. setelah seminggu tiada aktiviti yang dicatatkan disini .. dapat jua jejari ku menari menitipkan aktiviti ku .. seminggu .. sudah tentu banyak aktiviti trah yang trah nak sangat coratkan tapi tak berkesempatan .. tambahan pula .. my BB(broadband) tertinggal dekat kampung .. semalam abang trah datang hantar kepada trah .. akhirnya trah dapat lepaskan rindu trah pada blog aktiviti trah .. trah akan mengupdate semula aktiviti trah pada malam ini .. ini kerana siang ini trah kena bekerja bagi siapkan trah punya kerja .. minggu depan tarikh submit .. doakan trah dapat buat dengan jayanya .. sebab hari jumaat (28hb10) trah cuti .. balik kampung .. ada urusan .. nanti trah ceritakan urusan itu ..




***rindu dia .. :')

Tuesday, September 11, 2012

Update Konvo 4 : Kajian KPT

Assalamualaikum ..
Akhirnya trah dapat print slip kajian KPT .. ini kerana trah tersalah tarikh nak jawap soalan kajian .. sepatutnya trah menjawap bermula 11 September 2012 .. tapi trah dah siap jawap pada 6 September 2012 .. soalan dia tak ada la susah sebab kita menjawap dari sudut pengalaman kita sendiri semasa belajar kat universiti .. kepada yang tak jawap lagi sila jawap nya .. masukkan nombor kad pengenalan, institusi dan nama institusi ..

KLIK SINI


Sudah siap .. dan print out ..



***Harap tak menjadi kesalahan kerana tak menjawap mengikut tarikh yang ditetapkan ..



Sunday, September 9, 2012

Movie : Salam Cinta

Assalamualaikum ..
Hari sabtu malam yang lepas trah berkesempatan menonton Salam Cinta .. tengah malam punya tontonan .. dan paling trah nak tergelak empat orang sahaja menonton waktu itu .. 11.20 malam .. ini pun yang sorang tuh layan tidur pasal dia nak 'drive' hantar trah balik rumah .. nasib baik tak berdengkur .. kalau tak kes naya dan trah tersangat 'jealous' sebab dia dapat tidur ..
Komen trah pasal cerita ini rasa 2dari 5 bintang trah bagi sebab memang dah boleh agak jalan cerita dia dan membuatkan trah tidak menantikan kesudahannya kerana sudah dapat mengagak kesudahan cerita .. pasti 'good ending' .. kalau tak, ada orang bakar panggung .. ada ke?? cuma mungkin kerana pengarah ni menggunakan pelakon yang bertudung seiring dengan tuntutan agama .. tahniah kepada pelakon dan pengarah Azhari Zain kerana dapat berbentuk islamik .. pasti terselit contoh-contoh yang boleh dibuat teladan ..

Mengisahkan Amirul(lakonan Kamal Adli), seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berpoya-poya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal-hal agama.  
Untuk sinopsis Salam Cinta klik sini





Friday, September 7, 2012

Update Konvo 3 : Borang Wakil Ambil Jubah

Assalamualaikum ..

Disebabkan trah berada jauh di Kuala Lumpur .. jadi agak mustahil untuk trah mengambil jubah konvo lebih pada tarikh 4 Oktober 2012 .. jadi UUM telah memberi kemudahan dengan membenarkan wakil mengambil jubah konvokesyen tetapi sebarang kesilapan akan ditanggung oleh kita sendiri .. ini kerana takut tak dapat size jubah yang kita semua inginkan .. trah tahu ke size trah?? .. sebenarnya trah pernah ambilkan jubah konvokesyen ini untuk sepupu trah dan pastinya sudah mencuba dan size yang fit dengan tubuh trah yang 'comey' dan 'demuk' ini adalah size S .. sedang-sedang elok .. terletak kat bahu trah .. percayakah?? .. percaya la .. tolongla percaya .. sebab trah mula-mula cuba tak yakin size itu .. Oleh itu, kepada mereka yang bersize kecil dan comel-comel dari trah di'suggest'kan ambil size XS atau XXS .. kalau size M, L , XL etc .. gamaknya macam mana la ..
Disini trah selitkan borang wakil ambil jubah versi Bahasa Melayu dan direct link ke laman web UUM



Klik untuk direct link ke laman web UUM

Thursday, September 6, 2012

Update Konvo 2 : Yuran Konvokesyen RM100

Assalamualaikum ..

Hah!! .. Nak pergi konvokesyen tak?? .. dah boleh bayar dah yuran .. RM100 sahaja .. pembayaran boleh dibuat dimana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) .. mulai 3September 2012 .. Pembayaran ini perlu dibuat bagi membolehkan pelajar untuk mendapatkan jubah untuk ditunjukkan pada hari pengambilan jubah konvokesyen di Dewan Tan Sri Osman Yeop(DTSO), UUM ..
Dan cara pembayarannya seperti dibawah :


Klik pada gambar untuk lebih kejelasan ..




***Jom bayar ..
Bayar jangan tak bayar ..


Wednesday, September 5, 2012

Update Konvo 1 : Cari Homestay

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah .. pencarian homestay sudah selesai setelah diletakkan deposit .. pemilihan homestay berbanding hotel kerana beberapa faktor .. antaranya:

1. terdapat beberapa orang mahu pergi ke Kedah ..
2. Sudah tentu kat hotel tak boleh masak-masak ..
3. boleh berjimba kat homestay .. pergerakan tak terbatas dalam bilik sahaja ..
4. hotel sudah tentu penuh kan kan ..
5. faktor jarak ke UUM ..

Damar Garden Homestay menjadi pilihan kerana ia antara homestay yang dekat dan ia menjadi pilihan kerana harga dan jarak ..
Tarikh : 8hb - 10hb 2012
Lokasi : No 18, Taman Damar, Jalan Sintok, 06010 Changlun
Website : http://damargardenhomestaychanglun.blogspot.com/p/hubungi-kami.html
Harga : RM160 semalam





Tuesday, September 4, 2012

Senarai Semak Sebelum Konvokesyen Ke-25 UUM

Assalamualaikum ..


Nampaknya makin hari makin dekat .. masa sudah berlari pantas .. menanti detik dan saat .. jadi perancangan awal itu perlu bagi melancarkan perjalanan sebab ia melibatkan orang lain .. ini senarai semak yang perlu trah ikut :

1. Homestay ..
2. Baju + kasut ..
3. Request cuti - 3hari ..
4. Senarai perlu untuk mengambil jubah ..
    - Yuran konvokesyen rm100 - bermula 3September 2012 ..
    - Borang wakil ambil jubah + IC ..
    - Slip kajian pengesanan graduan - http://graduat.mohe.gov.my - bermula 11 September 2012 ..
    - UUM Alumni - tak pasti wajib ke tak ..

5.  Tiket bas ke Utara ..

Senarai semak ini perlu bagi trah sebab tak mahu terlepas pandang .. dan mengganggu emosi trah yang sedang baik ..


***Cuti kena request dua minggu sebelum .. 
kang tak pasal-pasal jadi Emergency Leave(EL) .. kes naya ..



Monday, September 3, 2012

Titisan sayu dihati ..

Assalamualaikum ..
Entah kenapa .. diserang rasa sayu ..
Kenapa kah? ..
Berdiri seluruh bulu roma ditangan ..
Kenapa kah? ..
Muncul manik-manik air dihujung mata ..
Kenapa kah? ..
Pejamkan mata .. menarik nafas ..
Kenapa kah? ..
Terasa hidup yang direncanakan Allah ini ..
Kenapa kah? ..
Otak berjoging mengingati .. kisah yang menjadi sejarah hidup ..
Kenapa kah? ..
Semua dirancang rapi oleh Allah .. tanpa kita mampu terfikirkannya ..
Kenapa kah? ..
Rupanya ini kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat .. hanya pinjaman cuma ..
kerana setiap dari kita PASTI AKAN kembali ke alam kekal abadi ..





:'(


:'|










Panduan Konvokesyen, Majlis Konvokesyen ke-25, UUM

Assalamualaikum ..
Di sini trah nak share .. pada pelajar Universiti Utara Malaysia yang bakal bergraduasi .. yang sememang telah tersenarai, seharusnya panduan ni perlu di baca dengan teliti supaya dapat melancarkan perjalanan proses konvokesyen anda dan jua diriku .. baca jangan tak baca panduan .. semua maklumat terdapat dalam panduan ini .. sesungguhnya panduan ini sangat berguna ..

Buku Panduan Majlis Konvokesyen ke-25, 6-10 Oktober 2012, Universiti Utara Malaysia .. klik sini

Kepada mereka yang berada jauh daripada Kedah .. sudahkah anda mencari lokasi yang sesuai untuk bermalam? Jikalau yang membawa rombongan Cik Kiah, serasanya memang patut pergi cari homestay .. bagi mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil boleh menempah hotel yang berhampiran .. bukan apa .. takut berlaku 'traffic jem' di bumi  Sintok .. sudah tentu waktu kemuncak akan berlaku .. Oleh itu, bersiap sedia anda .. ;)

Semoga Allah memudahkan kelancaran konvokesyen anda dan diriku berjalan seperti dirancangkan ..
Amin ..