Showing posts with label Majlis Konvokesyen UUM ke-25. Show all posts
Showing posts with label Majlis Konvokesyen UUM ke-25. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday : Akhirnya ..Yeayyy!!!

Alhamdulillah .. Akhirnya ..
I'm graduated!!




Terima kasih buat kawan-kawan ..
pensyarah UUM 
dan paling utama, inspirasi .. mak trah dan keluarga trah ..
Hanya Allah mampu membalas segalanya ..
Sekian ..


Tarikh konvo : Sesi pagi 9/10/2012



Tuesday, September 11, 2012

Update Konvo 4 : Kajian KPT

Assalamualaikum ..
Akhirnya trah dapat print slip kajian KPT .. ini kerana trah tersalah tarikh nak jawap soalan kajian .. sepatutnya trah menjawap bermula 11 September 2012 .. tapi trah dah siap jawap pada 6 September 2012 .. soalan dia tak ada la susah sebab kita menjawap dari sudut pengalaman kita sendiri semasa belajar kat universiti .. kepada yang tak jawap lagi sila jawap nya .. masukkan nombor kad pengenalan, institusi dan nama institusi ..

KLIK SINI


Sudah siap .. dan print out ..



***Harap tak menjadi kesalahan kerana tak menjawap mengikut tarikh yang ditetapkan ..



Friday, September 7, 2012

Update Konvo 3 : Borang Wakil Ambil Jubah

Assalamualaikum ..

Disebabkan trah berada jauh di Kuala Lumpur .. jadi agak mustahil untuk trah mengambil jubah konvo lebih pada tarikh 4 Oktober 2012 .. jadi UUM telah memberi kemudahan dengan membenarkan wakil mengambil jubah konvokesyen tetapi sebarang kesilapan akan ditanggung oleh kita sendiri .. ini kerana takut tak dapat size jubah yang kita semua inginkan .. trah tahu ke size trah?? .. sebenarnya trah pernah ambilkan jubah konvokesyen ini untuk sepupu trah dan pastinya sudah mencuba dan size yang fit dengan tubuh trah yang 'comey' dan 'demuk' ini adalah size S .. sedang-sedang elok .. terletak kat bahu trah .. percayakah?? .. percaya la .. tolongla percaya .. sebab trah mula-mula cuba tak yakin size itu .. Oleh itu, kepada mereka yang bersize kecil dan comel-comel dari trah di'suggest'kan ambil size XS atau XXS .. kalau size M, L , XL etc .. gamaknya macam mana la ..
Disini trah selitkan borang wakil ambil jubah versi Bahasa Melayu dan direct link ke laman web UUM



Klik untuk direct link ke laman web UUM

Thursday, September 6, 2012

Update Konvo 2 : Yuran Konvokesyen RM100

Assalamualaikum ..

Hah!! .. Nak pergi konvokesyen tak?? .. dah boleh bayar dah yuran .. RM100 sahaja .. pembayaran boleh dibuat dimana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) .. mulai 3September 2012 .. Pembayaran ini perlu dibuat bagi membolehkan pelajar untuk mendapatkan jubah untuk ditunjukkan pada hari pengambilan jubah konvokesyen di Dewan Tan Sri Osman Yeop(DTSO), UUM ..
Dan cara pembayarannya seperti dibawah :


Klik pada gambar untuk lebih kejelasan ..




***Jom bayar ..
Bayar jangan tak bayar ..


Wednesday, September 5, 2012

Update Konvo 1 : Cari Homestay

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah .. pencarian homestay sudah selesai setelah diletakkan deposit .. pemilihan homestay berbanding hotel kerana beberapa faktor .. antaranya:

1. terdapat beberapa orang mahu pergi ke Kedah ..
2. Sudah tentu kat hotel tak boleh masak-masak ..
3. boleh berjimba kat homestay .. pergerakan tak terbatas dalam bilik sahaja ..
4. hotel sudah tentu penuh kan kan ..
5. faktor jarak ke UUM ..

Damar Garden Homestay menjadi pilihan kerana ia antara homestay yang dekat dan ia menjadi pilihan kerana harga dan jarak ..
Tarikh : 8hb - 10hb 2012
Lokasi : No 18, Taman Damar, Jalan Sintok, 06010 Changlun
Website : http://damargardenhomestaychanglun.blogspot.com/p/hubungi-kami.html
Harga : RM160 semalam





Tuesday, September 4, 2012

Senarai Semak Sebelum Konvokesyen Ke-25 UUM

Assalamualaikum ..


Nampaknya makin hari makin dekat .. masa sudah berlari pantas .. menanti detik dan saat .. jadi perancangan awal itu perlu bagi melancarkan perjalanan sebab ia melibatkan orang lain .. ini senarai semak yang perlu trah ikut :

1. Homestay ..
2. Baju + kasut ..
3. Request cuti - 3hari ..
4. Senarai perlu untuk mengambil jubah ..
    - Yuran konvokesyen rm100 - bermula 3September 2012 ..
    - Borang wakil ambil jubah + IC ..
    - Slip kajian pengesanan graduan - http://graduat.mohe.gov.my - bermula 11 September 2012 ..
    - UUM Alumni - tak pasti wajib ke tak ..

5.  Tiket bas ke Utara ..

Senarai semak ini perlu bagi trah sebab tak mahu terlepas pandang .. dan mengganggu emosi trah yang sedang baik ..


***Cuti kena request dua minggu sebelum .. 
kang tak pasal-pasal jadi Emergency Leave(EL) .. kes naya ..



Monday, September 3, 2012

Panduan Konvokesyen, Majlis Konvokesyen ke-25, UUM

Assalamualaikum ..
Di sini trah nak share .. pada pelajar Universiti Utara Malaysia yang bakal bergraduasi .. yang sememang telah tersenarai, seharusnya panduan ni perlu di baca dengan teliti supaya dapat melancarkan perjalanan proses konvokesyen anda dan jua diriku .. baca jangan tak baca panduan .. semua maklumat terdapat dalam panduan ini .. sesungguhnya panduan ini sangat berguna ..

Buku Panduan Majlis Konvokesyen ke-25, 6-10 Oktober 2012, Universiti Utara Malaysia .. klik sini

Kepada mereka yang berada jauh daripada Kedah .. sudahkah anda mencari lokasi yang sesuai untuk bermalam? Jikalau yang membawa rombongan Cik Kiah, serasanya memang patut pergi cari homestay .. bagi mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil boleh menempah hotel yang berhampiran .. bukan apa .. takut berlaku 'traffic jem' di bumi  Sintok .. sudah tentu waktu kemuncak akan berlaku .. Oleh itu, bersiap sedia anda .. ;)

Semoga Allah memudahkan kelancaran konvokesyen anda dan diriku berjalan seperti dirancangkan ..
Amin ..


Wednesday, August 29, 2012

Persediaan ..

Assalamualaikum ..
Sungguh cepat waktu berlari-lari .. tak mampu trah mengejarnya .. serasa baru awal ramadhan sekarang sudah syawal .. seakan syawal jua berlari anak-anak .. waktu menganjak pergi .. wah sungguh indah perancangan Allah .. disaat trah merasakan lambatnya masa itu .. rupanya perasaan sendiri .. sudah akhir bulan Ogos .. trah ada lagi dua event besar nak kena hadapi .. tetapi event yang terdekat ini .. pergi ke Kota Kinabalu semacam di'cancel'kan .. atas sebab munasabah .. tetapi tetap dalam perancangan .. cuma pendetailannya tak berapa nak ada .. event yang betul-betul besar adalah event yang menandakan trah sudah tamat belajar sebagai seorang pelajar UUM .. majlis konvokesyen yang bakal diadakan pada 6hb hingga 10hb Oktober 2012 .. tapi tarikh trah melangkah naik ke pentas masih dalam simpanan pihak UUM .. ada bermasalah untuk membuat perancangan ke sana sebabkan tarikh tak fix lagi .. jadi untuk berkira-kira dengan pihak tuan homestay agak bermasalah .. serasanya masalah itu tak perlu difikirkan lagi sebab masalah paling besar adalah duit duit duit duit .. persediaan itu paling penting .. nak kena buat senarai sebab selain homestay adalah perlu menyemak semula tentang bayaran .. kasut .. baju .. tudung .. tentunya trah mahu semua baru sebab pertama kali menyarung jubah .. insyaallah .. trah akan membuat persediaan itu .. dari sekarang .. sebab persediaan disaat akhir akan membuatkan trah dalam keadaan tergesa-gesa dan hasilnya mesti tak berapa nak best ..


Untuk detail lagi .. klik gambar ..



***Semoga perjalanan majlis graduasi UUM kali ke-25 ini akan berjalan lancar .. 
amin ..