Monday, March 26, 2012

Mataku kanan berdenyut


Assalamualaikum...
Entry kali ni special sikit, saya taip masa kat opis tapi upload kat rumah
Ini berpunca dari bosan yang amat kerana kerja sejak minggu lepas masih tak menjadi.
Menjadi hanya 40% je.
So sambil mencari angin baru, saya search maklumat pasal mata berdenyut.
Entah la nape terasa nak taip kat search engine google 'Mata berdenyut'.
Berdenyut dari minggu lepas lagi, tension jugak...berdenyut tu tak kena time kan. Memang tension!!!
Time duk masak berdenyut, time duk adap pc berdenyut, ye la tak kena time.
Hari tu ingat sebab pc kat opis. Tapi setelah ditukar pc hasilnya → berdenyut jugak cam tak pasal-pasal pc bersalah. Kecian pc.
Ni hasil duk search pasal mata berdenyut yang berkaitan sahaja, siap bagi link lagi.
Siapa-siapa nak view or details sila la klik ye.

1.  http://laman-seri.blogspot.com/2009/11/kelopak-mata-bergerak-gerak.html

 



2. http://akuzealous.blogspot.com/2011/01/kelopak-mata-kanan-berdenyut.html


3. http://ieyd.wordpress.com/2011/06/10/kelopak-mata-bergerak-tandanya

4.  http://wanzeedee.wordpress.com/2010/01/13/tanda-kelopak-mata-bergerak-eksklusif









Kesimpulan : adakah aku akan menangis?kematian?percintaan?oh TIDAK!!!
Ku anggap ini hanya mitos semata-mata tiada kaitan antara hidup dan mati melainkan kebetulan semata-mata. Yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu datang dari kelemahan insan jahil  ini.

Mission complete!!!


Assalamualaikum

Sambungan kesudahan menghabiskan baucar 1Malaysia rm200.
Hasilnya dengan berbaki rm2.00, tauke kedai kasi kat aku baki.
Aku ke kedai sarjana dekat Carrefour Kota Damansara.
Tu je tempat paling dekat.
First masuk kedai aku terjah kat tauke kedai sambil berkata “Buku Indahnya hidup bersyariat pengarang Dr. Ismail Kamus ada tak?
Tauke kedai berkata “Dah habis la adik sebab buku ini sangat laku dik”.
Aku berkata “Dalam stok pun tak de?
Tauke kedai pun berkata “Tak de la dik”.
Hampa daku.
Then next buku pulak aku minta dia carikan Al-Quran dan tafsir. Bahagian tafsir tu kasi besar tulisan(atas permintaan makku).
Then buku bacaan Jawi untuk anak sedara ku.
Sesudah jumpa buku yang direquestkan oleh kakak dan makku, aku minta tauke kira semua buku baru berharga rm90.00. Aduh!!buku apa lagi eh??
Tauke buku cakap “Tak pe slow-slow cari buku mana yang nak”.
Aku senyum je.
Nasib baik tauke buku baik.

Hasilnya:

 Side tepi

 
Side depan


***Buku Yaallah, aku tak ingin sendiri bagus...seolah-olah memahami keadaanku....

Saturday, March 24, 2012

Senarai Buku yang nak kena settle rm200

Assalamualaikum...
hari ni dah wat short list untuk habiskan rm200 baucer...
semua pesanan dari mak dan kakakku..

baucer??or baucar??
keliru sat.
tak tau mana satu yang betul.
Bahasa melayu SPM dapat 4B je.
nanti la kena buka buku kamus bahasa

Senarai nya :
1. Al-Quran dan tafsir -> mak ku pesan


makku mau tafsir tulisannya besar

2. Buku agama - more on amalan-amalan harian dan akhlak. ->makku pesan
3. Buku masakan ->makku pesan

4. Buku-buku under average 4-7years.->kakakku pesan;


Untuk diri sendiri, no idea la...
Any ideas?hurmmm....tunggula pergi survey....dah complete rm200 nanti akan diuploadkan gambar buku-buku itu..



Wednesday, March 21, 2012

Saya pun dapat Baucer buku rm200

Assalamualaikum....
Tak sangka aku pun layak dapat baucer buku rm200
merasa la jugak akhirnya...
terima kasih kepada kawan ku nurul kerana sudi tolong jadi wakil tolong ambil untuk daku ini yang jauh dari UUM sintok itu.
tengah fikir nak beli buku apa la ni.
takkan buku programming kot?hahaha...
nak tergelak la pulak...bajet in campus kot.
kalu beli buku kat anak-anak sedara kan best.
ada faedahnya...hari tu bukan main duk minta buku warna-warna kat aku.
aku terlupa...sekarang dah ingat ni rasa cam nak beli banyak-banyak kat dorang..
terfikir nak pergi kluang dah ni.

 
Baucar ku...~~



Tuesday, March 20, 2012

Sweet tengok tapi kesian....


Assalamualaikum...

Gambar ni ku ambil dari Fb...
Yaallah betapa dahsyatnya racun dalam kasut itu..
bisa membuat kucing mati kekejangan..





Semoga perginya dengan aman....wasalam...

Kehidupan..andai itu takdirNya.

Assalamualaikum...

Jangan difikirkan DERITA akan berpanjangan,
kelak akan membawa PUTUS ASA pada Allah,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu, Pasti CERAH kembali.

Ujian adalah...TARBIYAH dari Allah,
Apakah kitakan SABAR, ataupun sebaliknya?


Ayuh kita sama-sama fikirkan......

Secantik dan seindah bunga mekar. Indahkan akhlak mu hati mu demi Allah.


Saturday, March 17, 2012

Cik ngah sangat rindukan.....

Assalamualaikum....

hari ini baru dapat kekuatan untuk membuat entry baru. Walaupun entry ini hanya lah luahan rasaku pada anak-anak buahku(aqil, fahim, faqihah). Aku sanggup cuti selama 3hari yang bermakna gaji untuk bulan ini kena potong sebanyak rm210. Banyak tu tapi aku merasakan kepuasan kerana dapat menemui anak-anak buahku dikampung. Diorang balik kampung kerana cuti sekolah selama seminggu. Apa-apapun, 3G menjadi alat perhubungan untuk aku melihat anak-anak sedara aku membesar selepas ini dan kalu ada masa terluang akan ku pergi menemui mereka di Kluang nanti..insyaallah...

ini gambar kenangan sepanjang aku balik kampung.


**cik ngah sayang korang semua...