Showing posts with label ..MOod jIWanG.... Show all posts
Showing posts with label ..MOod jIWanG.... Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Cinta yang ber'anak'

Pernah suatu hari dulu .. hati ini terguris .. kerana melepas cintamu sedangkan ku tahu cintamu terlalu mendalam untukku .. tak ada siapa mengetahuinya melainkan aku, kau dan Allah .. bagaimana mungkin aku memilihmu yang ku kenali 3tahun berbanding 25tahun keluargaku mengenaliku .. kita memang ditakdirkan bertemu tapi kita tak ditakdirkan untuk bersama .. sudah ada cinta antara tetapi jodoh antara kita tiada .. begitulah rahsia Allah .. ku tutup segalanya ruang cinta padamu dengan membuka ruang cinta yang lain untuk diriku perhambakan untuk keluargaku dan demi Allah yang sentiasa tidak pernah lekang memberi nikmat dan rahmatNya kepada ku .. kerana ku tahu suatu hari nanti pasti akan jua aku menemui Penciptaku yang penuh dengan cinta abadi .. Wasalam ..

Nukilan,
Hamba Allah.

Friday, May 11, 2012

Emosikah aku? Bahagiakah mak abahku?

Assalamualaikum.
Persoalan akan ku jawap dengan 'YA' .. Trah emo!!! .. Bukan apa, trah fikir sendiri la takkan la ada sapa-sapa rajin nak tolong fikir .. Bayangkan jela yer .. task yang my supervisor kasi dah hampir 4hari dan trah kalu nak kata dah siap, 2hari dah siap. Tapi buatnya si IETester buat perangai, terus tergendala kerja tarik sampai hari ni hari ke-4 .. Trah punya emo, duk citer la kat akak sorang ni ..dia sangat berpengalaman .. banyak advice trah bab dunia programming ni .. walaupun kekadang trah tak faham dunia testing dia .. Disenangkan citer, trah bagitahu problem trah kat supervisor ni then baru la dia test kat dia punya IETester tak ada pulak problem .. Arrrggghhh!!! nape trah tak bagi tahu awal-awal kat dia kan senang .. boleh dapat task lain pula .. tak suka la duk wat benda sama je dan tak jadi .. emo teruk-teruk sampai fikir nak tukar kerja, tukar bidangla .. teruk-teruk fikir terasa diri tidak diperlukan .. padahal dah terjebak dengan benda ni dah bertahun-tahun .. emosi tak leh nak control .. time tak suka, benci memberontak sampai period pun tak betul .. teruk benor perangai nya .. tapi bila time suka .. task siap .. suka tau .. i love programming .. anak sapa entah ler ..

DAN tak semena-mena decide nak balik kampung .. lantak la .. i miss my mum .. Korang tak rindu mak korang? Alang-alang citer pasal mak ni ..
Pagi-pagi buka tv3, topik pasal menghantar mak ke rumah orang-orang tua .. Sedihnya rasa bila tengok mak dihantar kat tempat-tempat macam tu .. Ya la bayangkanla dari kecil sampai kita berjaya .. pakai kereta besar .. umah besar .. kerja besar-besar.. sapa manusia paling berjasa .. tentu sekali mak kita kan .. dah semua-semua benda dah besarkan .. tak la nak jaga mak kita pun tak boleh .. ish ish .. cam tak patut .. tapi trah tak fikirkan orang lain, tapi trah fikirkan mak abah trah yang uzur ..

bahagiakah mak abah dengan kehidupan mak abah kat kampung sedangkan anak-anak berjauhan? ..
bahagiakan mak abah dengan kasih sayang anak-anak berikan? ..
bahagiakah mak abah dengan huluran duit anak-anak berikan sedangkan banyak mereka hulur dari anak-anak ?..
bahagiakah mak abah disaat sakit, anak-anak bersilih ganti pulang ke kampung untuk menjenguk? ..
bahagiakah mak abah? ..
bahagiakah mak abah? ..

mak .. abah

Trah berdoa semoga mak abah dan kami sekeluarga bahagia .. walaupun bukan kaya dengan wang ringgit tetapi nilai ikatan sebuah kekeluargaan tak pernah putus .. walaupun masing-masing ada dunia masing .. kita adik beradik bersatu dalam doa iaitu mendoakan mak abah sentiasa sihat .. Aminnnn ..



***  i love my mak dan abah .. i know my sibling love them also ..




Monday, April 16, 2012

Gambaran Hati...

Assalamualaikum..
Membiarkan gambar berkata-kata tentang hati