Wednesday, February 5, 2014

Aku tahu..kerana Allah lebih tahu..

Assalamualaikum..
Setahun sudah berlalu..aku masih disini..mencari sebuah segulung ijazah master ku..aku terdampar dibumi sintok ini..melalui liku-liku hidup yang semakin hampir kepadaNya..setiap masa ku teringat detik kematian..apakah kesudahan kehidupan ku?yang mana kah lebih banyak timbangan..aku tahu aku banyak kurang dan khilafnya..kerana aku tahu..aku bukan maksum..sempurna..cume insan biasa yang punya banyak dosa..

Sedang orang lain meniti bahagia bersama anak-anak..suami mereka..aku masih disini..tetapi aku tahu..Allah lebih tahu..ia menganugerahkan aku seorang ibu yang memahami..sangat memahami..mana mungkin dapat ku tukar ganti..TAKKAN dapat bertukar ganti..

Perancangan Allah itu terlalu indah..10 bulan lepas aku putus tunang..berserah kepada Allah..kerana secantik mana perancangan aku ini..rupanya lagi indah dan cantiknya perancangan Allah..kasih sayang Allah tak pernah kurang untuk aku..kerana telah membawa seseorang dalam hidupku sekali lagi..Yaallah..sungguh indah..betul indah sangat..sehingga ia telah memberi aku kesedaran..kesedaran untuk kembali ke FITRAH hidup..sungguh aku terharu kerana kehadiran dia dalam hidupku kini buat diriku terasa begitu menghargai kehidupan ini..semoga Allah tidak membalikkan perasaan aku dan perasaannya..


Thursday, November 28, 2013

The Gurney Resort Hotel & Residences in Penang

Assalamualaikum ..

Dapat duk hotel ni sangat best .. dah la free .. selesa dengan hotel nih .. tapi tak berapa best dengan kaunter depan dia .. lambat .. ye trah faham sebab ramai orang .. tapi memang kurang senang sikit .. trah suka suasana bilik dia .. walaupun tak mengadap laut tapi dari tepi nampak laut .. duk atas katil dengan hujan turun dengan lebat .. memang sejuk .. dan nyaman sekali .. pastu maghrib tu berendam dalam jakuzzi .. berangan oit oit .. tapi kat tandas dia tak ada paip air .. susah kot .. ish ..

Jakuzzi .. sebelah tingkap tu katil kot .. sesuai nak honeymoon .. 


Suasana bilik .. luas ..

Meja bersebelahan tingkap .. kalu buka memang nampak bangunan sebelah ..


Pemandangan laut dari tingkap bilik ..

Dapat tengok dari sisi pun jadi la ..


Serius best hotel nih .. mungkin sebab katil dia best .. selesa ..

Sunday, November 24, 2013

Kolokium Group 1 LRGS di The Gurney, Penang

Assalamualaikum..

Berlangsung perjumpaan bagi projek yang trah join ni kat The Gurney, Penang bermula dari 20-22hb11 2013 .. Sepanjang berlangsungnya kolokium ini pelajar-pelajar master dan phd membuat perbentangan tajuk proposal masing-masing. Ia turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari universiti lain seperti UNITEN, Uitm dan UUM sendiri sebagai hostnya ..