Sunday, September 23, 2012

Kagumnya ..

Assalamualaikum ..
Masyaallah .. subhanaallah .. indahnya ciptaan Allah .. tak pernah terjangkau pemikiran trah yang cetek ini .. trah rasa kagum, hormat kepada insan ciptaan Allah ini .. insan ini menceritakan pengalaman hidupnya .. walaupun sedikit cuma tapi .. rasa kagum trah padanya sehingga trah meremang bulu roma ketika dia menceritakan perjalanan hidup dia .. kerana percaya kawan, dia mengambil keputusan menyambung PHD ..
dari sebuah persahabatan yang indah .. sehingga tiada apa yang memisahkan mereka .. akhirnya musnah dek kerana sebuah pertunangan yang membawa kepada hala tuju kehidupan masing-masing .. musnah sebuah kata-kata janji untuk mencapai impiannya mendapat PHD begitu jua dengan PHDnya .. setelah itu, tiada la wujud kepercayaan terhadap sebuah persahabatan .. di kala ini .. dia diuji Allah yang memerlukan jawapan kepada kehidupannya .. iaitu .. menyambungkan PHD yang dipertengahan atau menerima tawaran sebagai pensyarah di Politeknik .. keluarga menyuruhnya menerima tawaran sebagai pensyarah tetapi impiannya untuk mendapatkan PHD sehingga dia dipulaukan keluarga iaitu ayahnya sendiri .. dia berada dipersimpangan dilema .. namun dari penceritaannya .. trah yakin .. semangatnya berapi-api sampaikan trah yang berada jauh sini .. terasa kehangatan semangat itu walaupun dia hanya bercerita dengan jejarinya di FB .. meremang bulu roma trah .. trah rasa itu adalah salah satu dugaan dan cabaran dia harus harungi untuk menggapai impian dia .. memakai topi bulat itu .. trah tahu bukan senang .. tapi trah yakin .. setahun dua nanti .. pasti dia akan ber'title' Doktor dan memakai topi bulat itu ..

Trah memetik kata-katanya yang didengarnya semasa konvokesyen khas iaitu ucapan Tan Sri Mustafa Kamal


'Do what you want to do 
but
not what you have to do'



Sedangkan supervisornya yang bergelar Dr sendiri pun berkata  kepadanya.. 
'Yaallah banyaknya dugaan awak' ..
Trah pasti .. kejayaannya menjadi lebih manis dan terlalu indah .. 
Insyaallah trah mendoakan dia berjaya .. amin ..









1 comment:

Ariff Budiman said...

Allah berikan dugaan kepada seseorang itu bukan bermakna Allah benci padanya tapi Allah menyayanginya. Insyaallah dia pasti bahagia di penghujung nanti. Percayalah. Memang berat bila ujian menimpa kita. Hanya kepada Allah saja sandaran kita. Sebagai manusia kita pasti di uji Allah secara sedar atau tidak. Semoga Trah pun akan berjaya dalam kehidupan Trah. Insyaallah