Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Al-Fatihah buat arwah Dalila

Assalamualaikum .. salam isnin ..
ku dikhabarkan melalui group KO-K dalam FB trah .. seorang kawan trah sudah dijemput Allah iaitu Dalila Zalkifli .. arwah menderita sakit kanser sejak dari tahun lepas .. trah mengenalinya sejak semester 1 di UUM, Sintok dalam kelas kokurikulum 'Keusahawanan' .. Arwah sangat baik, lembut .. bertuah mengenalinya .. semoga dia ditempatkan orang-orang beriman .. Amin .. Al-Fatihahh ..


Sumber : FB Arwah

Tuesday, May 22, 2012

Kemalangan dan kematian?

Assalamualaikum ..
Petang tadi duk survey-survey tiket melalui online .. then taip sani ekspress kat Nanny Google .. Fuh kuar cerita pasal kemalangan ngeri melibatkan bas ekspress .. apa lagi ter'excited' la nak tengok gambar-gambar kemalangan ngeri ..

1.  kemalangan yang melibatkan 10 orang yang berada ditingkat bawah selepas bas sani ekspress terbabas dan merempuah penghadang jalan di kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat plaza tol Jelapang(arah selatan) pukul 1 pagi yang menyebabkan 10 penumpang dibahagian bawah meninggal terus .. ada yang dikatakan putus kepala .. ketika kejadian ni bas bertingkat baru diperkenalkan terutama laluan utara .. seorang warga UUM jua antara penumpang yang terbunuh ..

Keadaan bas yang melanggar penghadang jalan..


2. Kemalangan 10.10.10 yang sangat mengerikan dimana 12 orang maut, nahas berlaku apabila bas ekspress delima dikatakan memandu laju gagal mengawal lalu terbabas dan berlanggar pembahagi jalan sebelum melambung ke laluan bertentangan .. bas tersebut berlanggar dengan sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain .. bas JKM mengekori dari belakang bas tersebut tidak dapat mengawal dan langgar bas delima dari belakang .. kemalangan ini berlaku di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau .. keadaan mangsa kemalangan amat menyayat hati kerana ada yang putus tangan, badan hancur ..  

dahsyat sungguh ..

Ni adalah antara kemalangan yang sangat mengerikan bagi trah .. sebenarnya trah sangat suka naik bas bawak laju? nak tau nape? sebab cepat sampai .. memang bahaya namun trah rasa kepuasan .. sangat suka merungut kalu bas bawak slow .. tapi itula bagi trah kematian dalam kemalangan ni, andai sudah takdir cara kita meninggal sudah tertulis tapi sesetengah orang cuba elak untuk meninggal dengan cara mengerikan .. tu la sama-samala kita berdoa supaya cara kita meninggal dengan cara yang baik .. 

Dah trah tertengok gambar-gambar ngeri ni .. tertiba meremang bulu roma .. masyaallah ..


Al- Fatihah kepada yang terlibat dalam kemalangan tersebut .. Al-Fatihah ..



***dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pulang ..