Thursday, August 30, 2012

Happy Birthday Bakal Ibu merangkap rakan sekerja ..

Assalamualaikum ..
Selamat Hari Lahir buat rakan sekerja .. walaupun kami sebumbung namun kami bukan satu kumpulan projek .. keakraban kami terjalin dek kerana .. kami antara perempuan melayu yang ada kat bangunan 'End  Lot' .. banyak berkongsi cerita .. dan sempena hari lahirnya yang ke-25 .. kami menyambutnya dengan secara sederhana tambahan pula ini tahun pertama perkenalan kami dan bekerja disitu .. sudah tentu sambutannya sangat berbeza di tempat kerja yang lama .. lupa pula memperkenalkan kawan trah ini iaitu Fadilah ..

SELAMAT HARI LAHIR MU YANG KE-25

Semoga panjang umur, murah rezeki, dan mendapat baby yang comel .. ;)

Ini kek nya .. sedap??rasa trah buat lagi sedap .. hehehe


Antuan badan yang comel .. kiut ..



***Birthday siapakah selepas ini? .. sama-sama nantikan ...






Wednesday, August 29, 2012

Persediaan ..

Assalamualaikum ..
Sungguh cepat waktu berlari-lari .. tak mampu trah mengejarnya .. serasa baru awal ramadhan sekarang sudah syawal .. seakan syawal jua berlari anak-anak .. waktu menganjak pergi .. wah sungguh indah perancangan Allah .. disaat trah merasakan lambatnya masa itu .. rupanya perasaan sendiri .. sudah akhir bulan Ogos .. trah ada lagi dua event besar nak kena hadapi .. tetapi event yang terdekat ini .. pergi ke Kota Kinabalu semacam di'cancel'kan .. atas sebab munasabah .. tetapi tetap dalam perancangan .. cuma pendetailannya tak berapa nak ada .. event yang betul-betul besar adalah event yang menandakan trah sudah tamat belajar sebagai seorang pelajar UUM .. majlis konvokesyen yang bakal diadakan pada 6hb hingga 10hb Oktober 2012 .. tapi tarikh trah melangkah naik ke pentas masih dalam simpanan pihak UUM .. ada bermasalah untuk membuat perancangan ke sana sebabkan tarikh tak fix lagi .. jadi untuk berkira-kira dengan pihak tuan homestay agak bermasalah .. serasanya masalah itu tak perlu difikirkan lagi sebab masalah paling besar adalah duit duit duit duit .. persediaan itu paling penting .. nak kena buat senarai sebab selain homestay adalah perlu menyemak semula tentang bayaran .. kasut .. baju .. tudung .. tentunya trah mahu semua baru sebab pertama kali menyarung jubah .. insyaallah .. trah akan membuat persediaan itu .. dari sekarang .. sebab persediaan disaat akhir akan membuatkan trah dalam keadaan tergesa-gesa dan hasilnya mesti tak berapa nak best ..


Untuk detail lagi .. klik gambar ..



***Semoga perjalanan majlis graduasi UUM kali ke-25 ini akan berjalan lancar .. 
amin ..