Wednesday, September 26, 2012

Bila project kena 'reschedule' ..

Assalamualaikum ..
Hai .. nampaknya ada yang kerja lebih masa .. kerja time hujung minggu .. kerja kerja kerja .. dah namanya mencari rezeki .. kerja trah ini, mak trah pun tak faham .. lawak sungguh .. banyak kali duk tanya .. trah siap bagi contoh lagi .. sekali tak faham juga .. tak apala mak .. anak mak ini cara kerja yang halal .. walaupun gaji tak besar .. insyaallah trah mampu bagi mak duit poket tiap-tiap bulan .. mak tak pernah minta .. tapi anak mak ini nak mak rasa hasil kerja anak mak ini .. berbalik pasal kerja trah kena buat ini .. trah terlibat dalam 'development' untuk plus dan menggunakan cakephp framework .. ingatkan senangla macam bakar cake .. sekali .. adus .. ini bukan buat cake dah .. macam-macam dah ceradak yang ada .. tapi sabar dan tekun untuk fahamkan cakephp .. sekali .. tengok-tengok .. nak kena siapkan bulan11 bagi keseluruhan projek ini .. dan timing semua dah tukar .. trah dah kena stopkan buat development sebab nak support buat screen design .. tak sangka pula .. belajar kat U dulu lain .. eh silap .. benda lain buat benda lain .. sekali bila dah kerja ini atau  dengan kata lain nak implement semua kita belajar kat U sangat berbeda sekali .. dan seminggu ini lewat trah balik rumah .. selalu tak sabar-sabar nak tunggu detik 5.30 petang .. sekarang ini macam scary nak tunggu dekat 5.30petang .. terpaksa la balik lewat sikit dalam pukul6.30petang .. dan the best part adalah time sibuk ini terpaksa cuti untuk exam spa dan untuk konvokesyen .. harap-harap bila dah siap projek ini boleh trah cuti dengan aman .. seperti yang terjadi beberapa bulan sebelum ini .. ngeh ngeh ..




***Balik kampung lagi la saya minggu ni 
.. rasa cam dah banyak kasi duit kat pengankutan bas ini .. 
untungla mereka sebab ada trah selalu balik kampung .. kihkih..


Tuesday, September 25, 2012

Ayuh Bekerja!!!

Assalamualaikum ..
Hari ini semangat nak pergi kerja .. semalam balik lewat sebab kerja tak siap lagi .. semalam jua .. Alhamdulillah code yang trah buat menjadi .. tu pun dengan atas nasihat kawan dalam team .. gembira rasa .. tapi pada masa yang sama tak boleh gembira sangat takut nanti makin banyak error dan bug nya .. oleh itu, ayuh!!!bekerja lebih kuat dan fahamkan code .. yeahhhh!!!!!





***Tak sabar balik kampung lagi .. weeeeee

rindu sama dia ..

Sunday, September 23, 2012

Kagumnya ..

Assalamualaikum ..
Masyaallah .. subhanaallah .. indahnya ciptaan Allah .. tak pernah terjangkau pemikiran trah yang cetek ini .. trah rasa kagum, hormat kepada insan ciptaan Allah ini .. insan ini menceritakan pengalaman hidupnya .. walaupun sedikit cuma tapi .. rasa kagum trah padanya sehingga trah meremang bulu roma ketika dia menceritakan perjalanan hidup dia .. kerana percaya kawan, dia mengambil keputusan menyambung PHD ..
dari sebuah persahabatan yang indah .. sehingga tiada apa yang memisahkan mereka .. akhirnya musnah dek kerana sebuah pertunangan yang membawa kepada hala tuju kehidupan masing-masing .. musnah sebuah kata-kata janji untuk mencapai impiannya mendapat PHD begitu jua dengan PHDnya .. setelah itu, tiada la wujud kepercayaan terhadap sebuah persahabatan .. di kala ini .. dia diuji Allah yang memerlukan jawapan kepada kehidupannya .. iaitu .. menyambungkan PHD yang dipertengahan atau menerima tawaran sebagai pensyarah di Politeknik .. keluarga menyuruhnya menerima tawaran sebagai pensyarah tetapi impiannya untuk mendapatkan PHD sehingga dia dipulaukan keluarga iaitu ayahnya sendiri .. dia berada dipersimpangan dilema .. namun dari penceritaannya .. trah yakin .. semangatnya berapi-api sampaikan trah yang berada jauh sini .. terasa kehangatan semangat itu walaupun dia hanya bercerita dengan jejarinya di FB .. meremang bulu roma trah .. trah rasa itu adalah salah satu dugaan dan cabaran dia harus harungi untuk menggapai impian dia .. memakai topi bulat itu .. trah tahu bukan senang .. tapi trah yakin .. setahun dua nanti .. pasti dia akan ber'title' Doktor dan memakai topi bulat itu ..

Trah memetik kata-katanya yang didengarnya semasa konvokesyen khas iaitu ucapan Tan Sri Mustafa Kamal


'Do what you want to do 
but
not what you have to do'



Sedangkan supervisornya yang bergelar Dr sendiri pun berkata  kepadanya.. 
'Yaallah banyaknya dugaan awak' ..
Trah pasti .. kejayaannya menjadi lebih manis dan terlalu indah .. 
Insyaallah trah mendoakan dia berjaya .. amin ..