Monday, April 30, 2012

Semangat cashout nuffnang pagi-pagi..

Assalamualaikum...
Pagi-pagi semangat pergi cashout nuffnang. Nak tahu kenapa hari ni?kenapa tak semalam, kelmarin? Sebab hari ni 30hb. Tunggu sebulan lagi baru dapat. Kalau wat awal bulan, lagi lama nak dapat. Jangan jeles, rm bukan banyak pun, sikit-sikit saja. Bukan apa, cash out siap-siap sebab tak tahan la tengok je duit tapi tak dapat guna. So cash siap-siap!!
Tengok..akaun nuffnang ku sudah kosong..


Siapa nak join nuffnang klik link ini...nuffnang.com


Safely Arrived!

Assalamualaikum
Salam pagi isnin yang indah. Trah selamat tiba kat hentian putra pukul 5.30pagi tadi. Setengah jam tunggu kat hentian putra,housemate yang datang dari kelantan jua tapi berlainan bas tiba dan terus ke kereta balik rumah sewa.
Wowwww. Trah pulang kekampung malam jumaat then back semalam. Balik kampung penuh aktiviti untuk siapkan hantaran perkahwinan abangku. Ni fully ideas from me. Its simple but its kiut(masuk bakul angkat sendiri..hehehe). Yang tinggal lagi nak beli bunga apa entah nak sebut, tak reti tapi dah tahu bunga jenis apa. Nanti bila dah siap, trah upload hasil tangan trah ye.
Seriuosly, perjalanan balik dan pergi dengan bas kali ni tidak seperti yang selalu trah rasakan. Semasa atas bas, badan sakit dan lenguh-lenguh. Nasib malang betul sebelah trah ni lelaki, kalau perempuan nak mintak tolong tumbuk-tumbuk kat belakang. Serius sakit...Arrggghhh!!! Bila dah sakit-sakit camtu, terasa nak beli helikopter je. Senang..tak yah naik bas dan sakit-sakit camtu...tak apa la berangan yang tak mungkin terjadi..ayat nak redakan suasana je..hukhuk...


Best Regards,
Trah.

Friday, April 27, 2012

Hormat tak bertempat?

Assalamualaikum...
Hari ni hari jumaat.
Hari penghulu segala hari.


Dipagi hari yang dingin dan hot.
Dengan semangat pergi kerja(malam ni balik kampung..mau tak semangat).
Terserempak dengan seorang akak tempat kerja trah ni. Umur akak ini dalam lingkungan 40-an.
Dia hulurkan tangan nak salam. Then trah pun sambut tangan salam dan cium. Siap tunduk dah ni. Boleh pulak dia tarik tangan dia.
Trah hairan sambil bertanya 'Kenapa akak?'. Dijawapnya 'Mentang-mentang aku tua sikit dari ko..ko ingat aku ni mak kau ke?'.
Sentap anak mak kejap dengan bahasa indah akak ni. Trah wat selamba dan cakap-cakap benda lain dengan akak ini. Tapi kat dalam hati trah. Tertiba dihujani dengan persoalan. Soalan yang tiada jawapan.

Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?
Salahkah aku?

Yang trah tau. 'Spoil mood' pagi-pagi ini. Bak kata kawanku.'Mungkin dia tak biasa orang cium tangan dia KOT'.
Andai kata betul!. Kesian dia.
Ok. Alasan diterima. Tapi yang pasti. Hormat ku pada akak ni sudah terbang kemana entah. Tak sempat nak simpan sebab trah akan hormat orang yang tahu hormat orang lain.

Bak kata-kata kat blog ni

Berakit ke hilir, berenang ke hulu,
Hormat orang dulu la, baru orang hormat lu. - http://jiwamonster.blogspot.com/2011/10/gangster-2-kerat.html

'yang tua dihormati dan yang muda dikasihi' - http://ozzy2u.blogspot.com/2011/11/hormat-dan-dihormati.html
Sekian terima kasih.


Best Regards,
Trah.