Monday, May 21, 2012

Pandangan : Sanggupkah?

Assalamualaikum ..
Terasa hidup ini terlalu menyakitkan terutama bila kita terpaksa menyakit hati orang lain kerana terpaksa .. terpaksa bukan bermakna membalas dendam tapi kerana tuntutan lain .. fahamkah? .. mungkin tidak difahami .. begini lah seolah-olahnya atau contohnya ..

Salmah menyayangi rahmat dan rahmat menyayangi salmah sebagaimana mana rahmat, suatu hari rahmat disahkan menghidapi suatu penyakit yang pasti akan membawa derita, kehilangan upaya untuk bergerak, malah untuk melakukan aktiviti harian jua pun memerlukan bantuan orang lain .. rahmat mengambil keputusan dengan tidak mementingkan diri sendiri dengan meninggalkan salmah tanpa sebarang sebab yang munasabah dan untuk memberitahu penyakitnya jauh sekali hanya kata-kata 'kita tak berjodohan salmah setakat ini saja hubungan kita' .. kata rahmat .. 'tapi kenapa?abang ada kekasih hati yang lain?' .. soal salmah .. 'tidak salmah .. hanya salmah saja kat hati abang, rancangan Allah mengaturkan kita bercinta tapi tak bersama salmah' .. jawap rahmat ..

Dengan situasi itu, apa pandangan? ..

Bagiku .. keputusan rahmat itu sangat betul kerana ia tidak mahu salmah hidup susah dengannya .. tentu fikiran orang lain akan fikir .. bagi tahu aje salmah tentang sakit rahmat tu .. mana tahu salmah leh terima .. tapi persoalannya sanggupkah kita membiarkan orang yang kita sayang menderita? .. jauh disudut hati pasti terbit salmah berhak mendapat orang yang lebih baik dan yang mampu menyempurnakan hidup salmah .. tak gitu?

Trah pasti dan yakin setiap orang mempunyai jawapan berbeza .. kerana pengalaman hidup, perjalanan hidup setiap kita adalah berbeza namun yang menyamakan kita semua ada RASA CINTA itu .. rasa cinta yang mempunyai pelbagai makna, sudut kepada yang melihatnya ..





***teringin nak ke tanah suci .. Yaallah bilakah trah akan menjadi tetamu istimewamu ..

1 comment:

Ini Kisah Tia said...

ya Allah .. sanggup ke TIA berhadapan situasi macam tu?